Pasangan Suami Isteri Jual Roti Nan Melecur Gara-Gara Disimbah Asid | SELAYANG – Sepasang suami isteri berhadapan detik ngeri apabila seorang individu tidak dikenali secara tiba-tiba mencurahkan asid semasa mereka baru memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, dekat sini.

disimbah asid

Dipercayai Kerana Unsur Dengki

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan pangsapuri tersebut.

Kes tersebut menjadi tular apabila seorang pemilik akaun Facebook bernama Khairy Adli telah memuat naik video kejadian dan gambar mangsa di hospital di dalam group ‘Gombak Food Delivery’.

Katanya, mangsa adalah keluarga sahabatnya dan pasangan suami isteri itu bekerja sebagai peniaga roti nan.

Menurutnya, perbuatan khianat itu dilakukan kerana unsur dengki dan mendakwa kedai mangsa habis dibakar 100 peratus, seminggu sebelum kejadian curah asid itu.

“Kemudian semalam (Rabu) mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur.

“Mohon sesiapa kenal yang buat macam ini beri maklumat. Mangsa pemilik kedai makan Nan Corner yang menjual roti nan di Selayang.

Bakar Kedai Dan Simbah Asid

“Memang tidak selamat hendak berniaga di kawasan itu. Orang dengki banyak,” lontarnya di dalam media sosial Facebook.

Khairy turut meminta agar orang ramai memanjangkan lagi mesej yang dikongsikannya dalam platform tersebut.

Katanya, dia pernah makan di kedai keluarga kawannya itu dan makanan memang sedap serta ramai orang miliknya berhubung kejadian simbah asid di Selayang, Selangor pada Rabu.

“The one and only best roti nan di Selayang. Bukan sekali dua benda-benda macam ini terjadi kepada mangsa, tapi mangsa bangun dan terus berniaga.

“Tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid. Harap polis cepat buat kerja. Selayang is a hot spot for crime,” ujarnya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat berhubung kebakaran kedai roti nan yang didakwa itu daripada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Pihak JBPM bagaimanapun menyatakan tiada menerima panggilan melibatkan kebakaran tersebut.

Sinar Harian masih menunggu maklum balas daripada pihak polis berhubung insiden itu.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Cucu Tikam Mati Nenek Berang Tak Beri Duit Minyak RM13

Cucu Tikam Mati Nenek Berang Tak Beri Duit Minyak RM13 | Seorang warga emas di Thailand maut akibat ditikam cucu lelakinya selepas mangsa enggan memberikan wang sebanyak 100 baht (RM13.35) untuk membeli minyak petrol, lapor laman berita Thaiger semalam.

Anggota polis bersama empat pemeriksa perubatan bergegas ke lokasi kejadian di daerah Mueang Khon Kaen di mana mereka menemui mayat Pao, 79.

Mangsa Ditikam Dengan Beberapa Tikaman

Bedah siasat mendapati mayat tersebut mempunyai beberapa kesan tikaman. Sebilah pisau dipercayai digunakan sebagai senjata untuk membunuh turut ditemui di singki dekat belakang rumah mangsa.

Polis juga menemui beberapa bahan bukti dari sebuah bilik berhampiran lokasi mayat Pao ditemui yang dipenuhi dengan perabot dan alkohol.

Suspek, Surawit, 28, sebelum itu menghilangkan diri dari lokasi kejadian sejurus selepas kes tersebut dilaporkan. Detektif dari balai polis tempatan kemudian menerima maklumat yang membawa mereka ke sebuah bangunan di pinggir bandar.

Suspek Sedang Mabuk

Mereka menemui suspek yang kelihatan mabuk dan cuba melarikan diri.

Ketika disoal siasat, Surawit memberitahu bahawa dia datang dari Bangkok untuk bekerja di Khon Kaen.

Dia mengaku berada dalam keadaan mabuk, dan apabila mendapati kenderaannya kehabisan minyak, dia meminta wang sebanyak 100 baht (RM13.35) daripada neneknya.

Oleh kerana tidak mendapat wang tersebut, Surawit menikam neneknya sebelum membuang mayat wanita itu di taman berdekatan rumahnya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply