Pasir Hitam Keluar Dari Rambut Jenazah. Pengurus Jenazah Kongsi Pengalaman Seram.

“Ustazah, kenapa air tak jatuh?” Cikgu Farha sudah mula menangis kecil. “Sabar… dia tengah ‘bercerita’ pada kita betapa sakitnya lemas,” balas Ustazah Lin pendek.


 

Ini pengalaman yang dikongsikan oleh seorang pengurus jenazah wanita beberapa tahun lalu. Seorang wanita ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjun ke laut.

Namun ketika jenazah itu dimandikan… sesuatu yang tidak dijangka berlaku di dalam bilik mandi jenazah. Sampai hari ini mereka yang berada di situ masih mengingatinya.

Ini Anak Mak Ke? Rintihan Ibu Buta Di Hadapan Jenazah Mangsa Kemalangan.

Jom baca kisah selanjutnya…

“Bismillah…” Ustazah Lin memulakan. Suaranya tenang, tapi aku nampak jarinya sedikit menggigil. Aku, Cikgu Ain, dan Cikgu Farha berdiri di sisi, dengan kain dan air mawar.

Media sosial sejak petang tadi bising dengan video penemuan mayat ini kononnya dia terjun kerana kecewa. Tapi di sini, di bilik yang dingin ini, yang ada hanyalah realiti yang menyakitkan.

Korang kisah ini terjadi di beberapa tahun terdahulu. Kalau berminat repost like dan komen macam selalu Bismillahirahmanirrahim

Badan wanita itu masih kukuh. Belum ada tanda reput kerana dia baru hilang dalam tempoh 24 jam. Namun, kesan jahitan autopsi yang memanjang dari leher ke bawah dada hasil kerja pakar forensik tadi nampak begitu ngeri di bawah cahaya lampu. ​

“Dayang, pegang bahagian bahu ya. Kita miringkan perlahan-lahan,” arah Ustazah Lin. Sesuatu yang pelik mula berlaku.

PERKARA PELIK BERMULA

Walaupun mayat sudah dibersihkan oleh pihak hospital sebelum ini, setiap kali kami menjirus air ke atas kepalanya, pasir hitam halus terus pasir hitam halus terus mengalir keluar dari celah rambutnya yang lebat. Bukan sedikit, tapi seolah-olah rambut itu menyimpan seluruh pantai di dalamnya. “Banyaknya pasir…” bisik Cikgu Farha, wajahnya pucat.

​Tiba-tiba, bilik itu berbau kuat. Bukan bau hanyir laut biasa, tapi bau garam yang hangit. pov dari cerita Cikgu Ain. Semasa dia cuba membersihkan celah jari jemarinya, dia tersentak. Tangan yang sepatutnya terkulai layu itu terasa keras. Bukan kaku mayat (rigor mortis) biasa, tapi seolah-olah dia sedang menggenggam sesuatu dengan kuat.

​”Ustazah, tangan dia…” suara Cikgu Ain tersekat. Ustazah Lin merapati. Dengan lembut, dia mengurut pergelangan tangan wanita itu sambil membisikkan doa. Perlahan-lahan, genggaman itu terbuka.

Di telapak tangannya, terdapat sekeping gambar kecil yang sudah luyuh oleh air masin, menunjukkan wajah seorang lelaki yang mukanya telah dipadam dengan kesan cakaran kuku, mustahil forensik tak jumpa gambar ni.

 

Pertemuan Selepas Tarawih yang Mengubah Cara Aku Lihat Ramadan.

“Allahuakbar,” Cikgu Ain berundur setapak. Aku memandang Cikgu Ain dan meneruskan kerja menguyur air ke badan jenazah.

TIBA-TIBA PINTU BILIK MAYAT BERGEGAR

Tepat saat itu, pintu bilik mandi yang berkunci tiba-tiba bergegar seolah-olah ada orang dari luar cuba merempuh masuk dengan bahu. Kami berempat terpaku. Tiada sesiapa di luar sana selain pengawal keselamatan di hujung koridor. Waris juga berada di luar bilik mayat sewaktu kami melangkah masuk ke bilik pemandian tadi.Menunggu beberapa minit tapi tiada kelihatan sesiapa masuk.

“Teruskan..banyakkan selawat dan zikir xda apa tu,” tegas Ustazah Lin, walaupun peluh dingin mula membasahi dahinya. Kami teruskan mandian dalam keadaan jantung yang berdegup kencang, sambil telinga kami menangkap bunyi halus seperti suara wanita yang sedang menangis halus.

Bunyi menangis itu semakin jelas, seolah-olah sangat bersedih pilu. Kami berempat hanya mampu menunduk, mengelak daripada bertentang mata antara satu sama lain, apatah lagi bercakap. Tangan masing-masing laju ingin siapkan.

AIR MANDIAN TIDAK JATUH KE LANTAI

“Siram air sembilan,” arah Ustazah Lin, suaranya kini kedengaran lebih keras, cuba melawan getaran di udara. Namun, sesuatu yang mustahil berlaku. Setiap kali air dijirus ke atas tubuhnya, air itu tidak mengalir jatuh ke lantai. Sebaliknya, air itu tergenang di atas kulit mayat tersebut seolah-olah ditahan oleh satu lapisan nipis yang tidak nampak. Kulitnya yang tadi putih pucat mula bertukar menjadi biru lebam dengan pantas di depan mata kami.

“Ustazah, kenapa air tak jatuh?” Cikgu Farha sudah mula menangis kecil. “Sabar… dia tengah ‘bercerita’ pada kita betapa sakitnya lemas,” balas Ustazah Lin pendek.

Tangannya terus menggosok lembut lengan mayat itu, seolah-olah memujuk seorang anak kecil. Kami bertiga hanya memandang. Aku menarik nafas panjang sambil berzikir menenangkan perasaan. Aku bayangkan mayat ni macam Jane Doe habis lah kami kena kokak!

LAMPU TERPADAM

​”Bukan aku yang terjun…” Hanya lima saat, lampu tertutup kembali menyala. Cikgu Ain terlepas gayung ke lantai. Bunyi dentuman plastik itu memecah kesunyian yang mencengkam. Kami semua melihat ke arah mayat. Posisi kepalanya yang tadi lurus ke atas, kini sudah terpusing sedikit ke arah Cikgu Ain Matanya yang tadi tertutup rapat, kini terbuka sedikit, memperlihatkan bahagian putih yang kemerahan. Dalam hati aku habis lah rasanya mahu hilang kan diri waktu tu juga.

Ucapan Terakhir Pensyarah UPSI Buat Pelajar Dan Netizen Sebak. 

Ustazah Lin membaca beberapa doa dan Ustazah Lin segera menutup mata mayat itu dengan ibu jarinya sambil membacakan ayat-ayat suci. Kami menyegerakan proses mengafan secepat mungkin. Tiada lagi pasir hitam, tiada lagi bau garam hangit. Yang tinggal hanyalah keheningan yang luar biasa berat.

Selesai semuanya jenazah kami serahkan kepada waris. Waktu di bilik persalinan kami Cikgu Farha bertanya perihal gambar tadi. Ustazah Lin cakap biarlah bukan urusan kita. Urusan kita sudah selesai. Tak mampu kita menolong.

Tugas memandikan jenazah adalah satu fardhu kifayah yang sangat mulia. Pengajarannya, setiap rahsia atau keaiban yang ditemui pada tubuh si mati (seperti kesan luka, parut, atau kejadian aneh) wajib disimpan rapi oleh pemandi jenazah. Ustazah Lin menunjukkan ketenangan dalam menguruskan “amanah” tersebut walaupun dalam keadaan mencemaskan.

Melihat jenazah yang masih kukuh mengingatkan kita bahawa ajal tidak mengenal usia atau keadaan. Kematian boleh datang secara tiba-tiba sama ada di darat atau di laut. Ia mengajak kita untuk sentiasa bersedia dengan amalan sebelum “giliran” kita tiba di atas meja mandi jenazah tersebut.

 

​”Cukuplah kematian itu sebagai pemberi peringatan (penasihat).” — (Hadis Riwayat Baihaqi) TAMMAT.
Jika kamu mendapat pengajaran dari kisah kali ini jangan di simpan sendiri berkongsilah kepada yang lain. Repost🤚 Alhamdulillah terima kasih.

 

Sumber : Thread dayang_nurhalimah

Share.
Leave A Reply