Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan untuk memberi amaran bahawa separuh negara di seluruh dunia berada dalam keadaan tidak bersedia untuk berdepan sebarang risiko bencana alam, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Ketika perubahan iklim global mengakibatkan bencana alam meningkat dan mencetuskan cuaca ekstrem. Hal ini juga kerana separuh daripada negara di dunia tidak mempunyai sistem amaran awal  yang sempurna.

Kekurangan indikator tersebut berisiko untuk meningkatkan angka kematian ketika bencana.

Agensi-agensi risiko bencana dan cuaca di bawah PBB menyatakan bahawa tanpa sistem amaran awal, sesebuah negara mempunyai purata risiko kematian sebanyak lapan kali ganda berbanding negara yang memiliki sistem tersebut.

Sistem amaran awal canggih itu membolehkan kerajaan merancang untuk berdepan sebarang bencana seperti ribut, banjir, gelombang haba dan kemarau.

Buat masa ini, sekitar separuh negara di dunia mempunyai sistem amaran awal dengan negara-negara paling miskin sering terjejas teruk akibat bencana alam dan cuaca ekstrem kerana tidak memiliki sistem tersebut.

Selain itu, hanya satu pertiga daripada negara-negara kepulauan kecil yang mempunyai sistem amaran awal.

Manakala,  kurang separuh daripada negara yang paling kurang membangun yang memiliki peralatan itu untuk dijadikan sebagai amaran awal.

Ancaman bencana alam dan cuaca ekstrem telah melonjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi setiap 100,000 penduduk, bilangan mereka yang terjejas adalah sekitar 1,147 orang bagi tempoh 2005 hingga 2014.

Selain itu, dalam sedekad yang lalu, angka itu bertambah kepada 2,066 orang.

Bagaimanapun, dengan adanya sistem awal bencana, angka mangsa yang mati atau hilang akibat bencana alam dapat dikurangkan.

Contohnya, dalam bencana banjir di Pakistan , satu pertiga daripada negara itu ditenggelami air.

Dijangka angka kematian seramai 1,700 orang mungkin lebih tinggi sekiranya negara itu tidak mempunyai sistem amaran awal.

“Cuaca ekstrem akan berlaku, namun ia tidak seharusnya menjadi bencana yang meragut banyak nyawa. Mereka yang paling tidak banyak menyumbang kepada krisis iklim pula menjadi mangsa yang paling teruk terjejas,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply