Pelakon Terkenal Nia Ramadhani Dijatuhi Hukuman Penjara Setahun | Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dilaporkan telah dihukum penjara selama setahun bersama suaminya, Ardi Bakrie dan pemandunya selepas didapati bersalah dalam kes penyalahgunaan dadah.
Memetik laporan Liputan 6, hukuman itu telah diputuskan oleh hakim dalam perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat pada Selasa.
“Dalam perbicaraan tersebut, mereka bertiga telah terbukti bersalah melakukan jenayah penyalahgunaan dadah kelas pertama untuk diri sendiri dan dibawa keluar bersama.
“Masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama setahun,” kata hakim dalam perbicaraan itu.
Hukuman itu juga dijatuhkan dengan mengambil kira Pasal 127 ayat 1A Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 53 Tahun 2009 berkaitan dadah, Pasal 55 ayat 1 sampai dengan 1 KUHP Nombor 8 tahun 1981 mengenai Hukum Acara Pidana, serta undang-undang dan peraturan lain yang berkaitan.
Sementara itu, pihak pendakwa raya juga membuat tuntutan kepada hakim agar Nia turut menjalani pemulihan selama 12 bulan.
Ekoran daripada tuntutan yang dibuat oleh pihak pendakwa raya itu, selebriti tersebut sempat untuk membacakan sendiri nota pembelaannya. Dia memohon agar hukumannya itu dapat diringankan.
“Saya berharap agar keputusan terhadap kami diringankan dengan meminta Yang Berhormat mempertimbangkan tempoh pemulihan yang telah kami jalankan selama lebih kurang lima bulan,” kata Nia.
Sumber : SK