Lantikan Perdana Menteri Ke 8. Ini Kenyataan Nik Abduh Yang Ditunggu Rakyat Kelantan | Selepas YDP Agong perkenan TS Muhyiddin jadi PM Malaysia Ke 8, ini kenyataan Nik Abduh yang ditunggu rakyat Kelantan. Baca selanjutnya.

Kelantan Akhirnya Bukan Negeri Pembangkang

Selepas 30 tahun, Kelantan bukan lagi sebuah negeri pembangkang, kata Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, pada tahun 1990 bekas menteri besar Kelantan yang juga ayahandanya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat memulakan langkah di negeri itu.

Kini katanya, Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula “menyampaikan” Kelantan ke Putrajaya.

“(Pada) 1990 Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz memulakan langkah di Kelantan. (Tahun) 2020 – Tuan Guru Hj Abdul Hadi menyampaikan Kelantan ke Putrajaya.

“(Selama) 30 tahun perjalanan. Tahniah khas buat rakyat Kelantan,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini.

Perkongsian itu susulan perkembangan terkini politik negara selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai perdana menteri kelapan.

Sebagai rekod wakil rakyat PAS dan Umno antara pihak yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.
Iklan

Nik Abduh yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat menegaskan, Kelantan kini bukan lagi sebuah negeri pembangkang.

“Negeri Kelantan bukan lagi negeri pembangkang. Alhamdulillah,” katanya.

Meskipun Muhyiddin dijangka mengangkat sumpah esok, perkembangan politik negara terus dihurung tanda tanya tentang sokongan 222 ahli parlimen.

BACA JUGA >> Lantikan Perdana Menteri Ke 8. Ini Pesan DS Abdul Hadi Kepada PH
BACA JUGA >> Tun Mahathir Terkini Tak Dapat Sampaikan SD Sokongan Ahli Parlimen. Ini Puncanya.

Sumber: Malaysiakini

Share.

Leave A Reply