Tun Mahathir Terkini Tak Dapat Sampaikan SD Sokongan Ahli Parlimen. Ini Puncanya.

| February 29, 2020 | 2 Comments

Tun Mahathir Terkini Tak Dapat Sampaikan SD Sokongan Ahli Parlimen. Ini Puncanya. | Malam tadi PH telah berjaya kumpul 114 SD sokongan ahli parlimen, namun pagi ni tidak dapat disampaikan. Ini puncanya.

Agong Tidak Mahu Jumpa Tun Mahathir

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengannya lagi.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menyerahkan sokongan 114 Ahli Parlimen.

“YDPA sudah membut keputusan dan di (Muhyiddin) angkat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 pada jam 10.30 pagi nanti walaupun kita mempunyai majoriti,” katanya pada sidang media, di Yayasan al-Bukhary, hari ini.

Berkaitan: PH Punyai 114 Sokongan Ahli Parlimen

AHLI Parlimen Selangau Baru Bian pula menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia didedahkan menerusi siaran langsung melalui akaun Facebook Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang memaklumkan Baru Bian adalah individu ke-114 menandatangani SD berkenaan.

Untuk rekod, Baru adalah Ahli Parlimen PKR yang dikaitkan dengan kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan parti berkenaan.

Difahamkan proses menandatangani SD masih berjalan di Yayasan Al-Bukhary, di Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Terdahulu, bekas Menteri Kerja Raya itu dilihat memasuki perkarangan yayasan, menaiki kenderaan jenis Mercedez berwarna hitam, pada 8.35 malam tadi.

Beliau dilihat keluar meninggalkan bangunan terbabit 10 minit kemudian tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Beberapa minit kemudian, kenderaan model Lexis dipercayai dinaiki Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Yayasan Al-Bukhary, 8.50 malam tadi.

Difahamkan satu siaran media akan dikeluarkan jam 9 malam ini. Baca juga Lantikan Perdana Menteri Ke 8. Ini Pesan DS Abdul Hadi Kepada PH

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *