Pemandu UberEats Diserang Dan Dibunuh Oleh Dua Orang Gadis Di DC. Ada VIDEO | Berlaku satu kejadian pembunuhan di Washington DC melibatkan dua orang gadis dan seorang pemandu UberEats dalam satu cubaan merompak kereta, baru-baru ini.
They murdered an Uber Eats driver in DC. https://t.co/Zz7xOu0Piv
— Ian Miles Cheong (@stillgray) March 27, 2021
Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Anwar, 66, diserang menggunakan ‘taser’ iaitu senjata perenjat oleh dua orang gadis selepas mereka cuba untuk merompak kereta mangsa, menurut Jabatan Polis Metropolitan dalam siaran berita.
Paparan video yang tular di laman Twitter menunjukkan mangsa yang berada di luar kereta sedang menahan suspek dari merompak keretanya sebelum kereta tersebut meluru laju kemudian melanggar kereta-kereta lain di hadapan. Mangsa dilihat terkulai layu di bahu jalan bersama keretanya yang terbabas selepas dia turut diheret ketika kereta tersebut meluru laju.
Polis di Jabatan Metropolitan berkata, setelah tiba di tempat kejadian, Anwar telah dibawa ke hospital namun segala usaha menyelamat tidak membuahkan hasil selepas mangsa telah disahkan meninggal di tempat kejadian.
“Anwar pada ketika itu sedang mengusahakan UberEats sebelum dua orang gadis tersebut membuat cubaan merompak kereta mangsa”, katanya kepada media.
Suspek yang masing-masing berusia 13 dan 15 tahun telah ditahan polis atas tuduhan menyerang mangsa menggunakan senjata perenjat, membunuh serta merompak kereta di bahagian tenggara DC, Maryland.
Anwar telah berhijrah ke Amerika sejak tahun 2014 dari Pakistan, menurut satu laman web, GoFundMe yang juga diusahakan oleh ahli keluarga Anwar sendiri.
” Dia adalah seorang suami, ayah, datuk serta teman yang dikasihi kerana selalu memberikan senyuman dan menghulurkan bantuan ketika memerlukan. Kematiannya memberi kesan yang mendalam kepada ahli keluarga yang lain kerana meninggalkan keluarga yang jauh dan dekat, menyayangi serta merindukannya”, kata keluarganya dalam laman web tersebut.
Sumber: ABC News