“Pemergian Siti Sarah Disifatkan Sebagai Syahid Akhirat”- Imam Muda Asyraf | Pemergian seorang penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, akibat COVID-19 disifatkan sebagai syahid akhirat menurut Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf, baru-baru ini.

"Pemergian Siti Sarah Disifatkan Sebagai Syahid Akhirat"- Imam Muda Asyraf

Menurut pandangannya, selain virus COVID-19, faktor Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan anak tersebut membolehkan pemergian penyanyi kesayangan ramai itu tergolong dalam syahid ketiga, iaitu syahid akhirat.

Jelas Asyraf, syahid terbahagi kepada tiga peringkat iaitu syahid dunia dan akhirat, syahid dunia serta syahid akhirat dimana syahid kategori pertama ini hanya untuk mereka yang terkorban dalam medan peperangan fisabilillah manakala syahid dunia adalah untuk mereka yang pada zahirnya terbunuh dalam peperangan, tetapi sebaliknya, diselubungi nawaitu yang tidak jujur atau dipaksa.

Tambahnya lagi, syahid ketiga merupakan syahid akhirat dimana kematian disebabkan melahirkan anak, terbakar, wabak seperti taun serta COVID-19, lemas dan sebagainya selain menyifatkan kes Allahyarham Siti Sarah untuk digolongkan dalam kategori ini selepas almarhumah meninggal dunia disebabkan virus COVID-19 dan baru melahirkan anak.

Asyraf yang merupakan juara Imam Muda musim pertama menjelaskan bahawa  individu yang tergolong dalam syahid akhirat akan diberi ganjaran dan kemuliaan Allah SWT di akhirat sebelum memaklumkan bahawa jenazah tersebut perlu diurus seperti biasa dan ia hanya diberikan kemuliaan apabila berada di akhirat kelak.

Brerikutan itu, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dipercayai merupakan kenalan rapat Allahyarham turut menyatakan bahawa sudah lama mengenali arwah iaitu sejak masih bujang dengan mengatakan bahawa banyak perubahan serta penghijrahan yang telah dilakukan olehnya bersama suami.

Tambahnya lagi, arwah juga merupakan seorang yang suka menolong orang serta mendahulukan orang lain dalam segala segi selain menyifatkan arwah sebagai seorang yang baik sehingga ke penghujung hidupnya.

Selepas lebih 48 jam bertarung nyawa, Siti Sarah, 36 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi tadi.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan Shuibu di Instagram (IG).

Sebelum ini, Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar pada jam 5 petang, Jumaat lalu.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply