Pemimpin Agama Ditemb4k m@ti Di Khalayak Ramai. Ini Sebabnya. | Seorang pemimpin radikal Hindu ditembak mati di khalayak ramai di Punjab, utara India.

Polis tempatan menyatakan bahawa ketua kumpulan agama fundamentalis, Sudhir Suri yang berumur 58 tahun dan juga dikenali sebagai Hindu Shiv Sena, ditembak di Amritsar.

Portal The Independent melaporkan, sebelum ini Sudhir Suri pernah dituduh membuat komen yang menghina agama Sikh dan komuniti Sikh.

Arun Pal Singh, seorang pegawai kanan polis memberitahu agensi berita, penyerang tiba di tempat kejadian dan menembaknya mati di khalayak ramai.

Beliau juga mengesahkan pemimpin radikal itu pernah ditembak beberapa kali.

Polis kemudian berkata, seorang pekedai tempatan, Sandeep Singh ditangkap berkaitan dengan tembakan itu.

Gaurav Yadav, Ketua Pengarah Polis Punjab, dipetik sebagai berkata oleh BBC, sesiapa yang berada di belakangnya dan sesiapa yang membuat konspirasi akan didedahkan dan mereka yang berada di belakangnya akan ditangkap.

Laporan tempatan mengatakan, mangsa membuat bantahan di luar premis kuil terhadap pengurusannya, untuk membantah dakwaan mencemarkan dewa Hindu apabila didatangi suspek dan melepaskan sekurang-kurangnya lima das tembakan.

Hanya sejam sebelum serangan ke atasnya, mangsa bertengkar dengan pihak pengurusan kuil Gopal Mandir berhampiran Jalan Majitha kerana didakwa mencemarkan berhala.

Polis kini giat melakukan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Sementara itu, pihak berkuasa juga meminta penduduk setempat untuk bertenang dan tidak tunduk kepada sebarang desakan umum.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply