Netflix sedang merekrut peserta dari seluruh dunia bagi menyertai siri realiti televisyen Squid Game yang sebenar, lapor Entrepreneur semalam.

Pencarian Peserta Squid Game 'Sebenar', Tawar Hadiah LUMAYAN. Ada Yang Nak Try?

Pertandingan melibatkan 456 pemain merangkumi cabaran-cabaran yang diilhamkan dari siri asal.

Malah, ada penambahan baharu yang mengejutkan, kata Netflix dalam satu kenyataan.

Pemenang bakal memperoleh hadiah bernilai AS$4.56 juta (RM20.16 juta).

Naib Presiden Siri Tanpa Skrip dan Dokumentari Netflix, Brandon Riegg, telah memberi kenyataan mengenainya.

Peminat drama itu bakal menyaksikan perjalanan 456 peserta mengharungi pertandingan terbesar pernah diadakan.

Pertandingan penuh dengan ketegangan dan kelainan untuk merebut hadiah wang tunai lumayan.

Siri itu bakal ditayangkan dengan 10 episod panjang dan difilemkan di Britain.

Halaman yang merekrut peserta pertandingan itu memaklumkan bahawa pemain bakal mengharungi situasi permainan Squid Game yang tidak diketahui penamatnya.

Mereka akan bersaing dalam satu siri permainan untuk menjadi satu-satunya peserta yang terselamat dan membawa pulang hadiah wang tunai.

“Sila ambil perhatian: Menang atau kalah, semua pemain tidak akan cedera. Tetapi jika anda menang, anda menang besar!” lapor laman web itu.

Rancangan itu sedang mencari pemain yang boleh berbahasa Inggeris dari seluruh dunia.

Pemohon mestilah berusia 21 tahun ketika membuat permohonan serta memiliki pasport yang sah.

Pemohon perlu bersedia menjalani penggambaran selama empat minggu pada awal 2023.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply