BEIJING – Penduduk di wilayah Liaoning, China digesa mencari tempat perlindungan selepas kawasan itu dilanda fenomena ‘hujan cacing’, lapor akhbar New York Post semalam.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial memaparkan situasi selepas hujan cacing itu berlaku dengan haiwan itu berselerak di atas jalan dan turut memenuhi bumbung kereta.

Beberapa penduduk kelihatan melindungi diri mereka menggunakan payung ketika berjalan di kawasan tersebut.

Punca bencana itu belum diketahui, namun jurnal saintifik Mother Nature Network mencadangkan bahawa haiwan itu telah dihanyutkan oleh kejadian angin kencang.

Kertas penyelidikan itu juga mendakwa kejadian tersebut boleh berlaku selepas ribut apabila serangga terperangkap dalam pusaran angin.

Teori lain mencadangkan bahawa cacing-cacing itu sebenarnya pokok tulip dengan bunganya menyerupai haiwan tersebut.

Kejadian itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Ini bukan cacing atau haiwan tetapi tangkai bunga yang gugur dari pokok,” komen seorang netizen.

“Fenomena yang pelik,” komen netizen lain.

Sumber: Kosmo

Baca Juga: Misteri Suara Aneh Di Rumah Profesor

Seorang penjelajah bandar menambah koleksi rakaman misterinya apabila menemukan sebuah rumah terbiar milik seorang profesor yang dipercayai sudah meninggal dunia empat tahun lalu.

Lapor Mirror bahawa kediaman terbiar terletak di Wales Utara itu dikatakan dipenuhi dengan barang-barang peribadi pemilik berkenaan termasuk rambut palsu, surat lama dan sejumlah besar buku.

Daniel Sims melakukan tinjauan di rumah terbiar itu bersama dua lagi penjelajah lain bernama Micky dan Razertwisted.

Sims yang dikenali dengan nama Beardedreality di YouTube, mendakwa mereka terdengar suara aneh ketika meninjau sekitar kediaman tersebut.

Menurut Sims, dia dan penjelajah lain juga dapat merasakan suasana pelik seolah-olah `tidak dapat dijelaskan’ semasa berada di dalam hartanah itu.

Beberapa gambar menyeramkan menunjukkan penemuan rambut palsu di salah satu bilik rumah itu dan sebuah kereta terbiar diparkir di garaj.

Sebuah kereta lama model Beatle yang berkarat dengan hanya dipandu kira-kira 9,656 kilometer (km) turut ditemukan di kediaman terbiar itu.

Selain itu, penjelajah tersebut turut menemukan beberapa gambar profesor itu dan kepingan surat termasuk dari rakan-rakannya yang mengucapkan terima kasih kerana menghadiri majlis perkahwinan dan dokumen berkaitan wasiat bapanya.

Sementara itu, Sims berkata, rumah terbiar tersebut milik wanita bernama Angela yang meninggal dunia pada 2019 namun individu berkenaan dikatakan sedang tinggal di sebuah pusat jagaan pada masa itu.

Wanita itu tidak mempunyai anak atau adik-beradik, jadi semua barang ini terbiar dalam rumah yang diwarisi daripada bapanya.

Mereka percaya kediaman itu ditinggalkan oleh pemiliknya sejak tahun 2015 atau 2016 namun rumah itu nampak seperti terbiar selama 20-30 tahun setelah melihat persekitarannya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply