Penduduk Ikat Menggunakan Tali Dan Seret Pencuri | Seorang remaja telah ditangkap oleh sekumpulan penduduk kampung kerana mencuri tabung derma masjid. Kejadian itu telah berlaku pada hari rabu yang lalu, sebaik sahaja remaja itu ditangkap, penduduk kampung itu telah menyeret remaja lelaki itu.
Kejadian itu berlaku di Desa Ceumpeudak, video rakaman situasi itu telah menjadi tular di media sosial negara berkenaan. Menerusi video itu kelihatan bahawa pencuri itu ditangkap oleh penduduk kampung kemudian diikat tangan serta lehernya dengan menggunakan tali nilon sebelum diseret.
Kejadian disahkan polis Tanah Jombo Aye AKP Ahmad Yani yang memaklumkan remaja terbabit mencuri untuk membeli makanan. Dipercayai bahawa bapa kepada remaja itu sedang terlantar di hospital menyebabkan remaja itu terputus wang untuk membeli makanan.
Oleh itu remaja terbabit bertindak nekad dengan mencuri wang dari tabung derma masjid. Dia bertindak sedemikian untuk membeli makanan. Namun sebaik sahaja bapa saudaranya mengetahui berkaitan kejadian itu, dia segera membayar semula wang yang diambil oleh anak saudaranya.
Wang itu sudah dikembalikan ke tabung masjid oleh bapa saudara remaja terbabit, namun keluarga kepada remaja itu bersepakat untuk tidak mahu memanjangkan isu berkenaan remaja itu dikasari oleh penduduk dan menganggap bahawa kes berkenaan telah selesai.
Sumber: Harian Metro