Penerbangan Tertangguh Sehari Gara-gara Enggan Memakai Pelitup Muka | Ketika dunia masih lagi berperang dengan penularan wabak Covid-19 ini, perkara yang paling penting untuk melindungi diri adalah dengan memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun atau gunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer).

Namun, masih lagi terdapat beberapa individu yang masih berkeras untuk tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Penerbangan Tertangguh Sehari Gara-gara Enggan Memakai Pelitup Muka

Baru-baru ini, kejadian penerbangan yang terpaksa ditangguhkan sehari di Washington telah tular gara-gara beberapa remaja yang enggan memakai pelitup muka. Penerbangan sebuah pesawat American Airlines yang terbang dari Carolina Utara ke Bahamas terpaksa ditangguhkan selama sehari selepas kira-kira 30 remaja enggan memakai pelitup muka, lapor media tempatan pada Selasa.

Difahamkan, pesawat itu sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Charlotte Douglas di Charlotte, Carolina Utara pada lewat Isnin lalu tetapi penerbangannya kemudian terpaksa ditangguhkan.

Penerbangan itu hanya meninggalkan lapangan terbang tersebut pada Selasa dengan remaja tersebut turut menaiki pesawat berkenaan. Pada mulanya, penerbangan pesawat berkenaan ditangguhkan beberapa jam disebabkan oleh masalah mekanikal.

Bagaimanapun, semasa ia mula untuk berlepas, satu perbalahan berlaku pula antara remaja-remaja itu dengan kru pesawat tersebut kerana mereka enggan mematuhi arahan untuk memakai pelitup muka, lapor stesen televisyen WSOC-TV.

Kumpulan remaja tersebut ialah pelajar-pelajar sekolah tinggi dari Boston yang meraikan kejayaan menamatkan persekolahan. Namun, mereka akhirnya bersetuju memakai pelitup muka pada hari berikutanya selepas bermalam di lapangan terbang tersebut.

Sementara itu, pihak polis tidak membuat sebarang tindakan mahupun tangkapan ke atas kira-kira 30 remaja yang terlibat, lapor media tempatan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply