Pengamal Media Berkampung Di Pintu Istana Negara. Ini Tindakkan Pihak Istana Buat Ramai Terharu. | Pengamal media yang bertungkus lumus bertugas menyediakan laporan terkini mengenai isu politik semasa berterusan dihargai oleh pelbagai pihak. Terbaru, pihak istana telah menyediakan sebanyak 40 buah kerusi dan tiga meja makan bagi memudahkan urusan media yang menunggu di pintu 2 Istana Negara sejak pagi tadi.
Sebelum ini, pihak istana termasuk Yang Dipertuan Agong sendiri berkenan untuk turun padang memberikan makanan kepada pengamal media yang menunggu di depan pintu istana tersebut.
Selain itu, pengamal media turut dibekalkan dengan pelbagai makanan dari pelbagai pihak sejak semalam.
Pihak media yang terus komited menyajikan info semasa kepada orang ramai nampaknya sangat dihargai oleh pelbagai pihak terutamanya pihak istana.
Sebanyak 40 buah kerusi dan tiga meja makan disediakan oleh pihak istana bagi memudahkan urusan media yang menunggu di pintu 2 Istana Negara sejak pagi tadi pic.twitter.com/uAdhZUGMQv
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 26, 2020