Pengarah Mydin Minta Caprice Hantar Surat Saman. | PETALING JAYA – “Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa”.

Demikian maklum balas diberikan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berhubung tindakan penyanyi rap sensasi, Ariz Ramli atau Caprice yang bakal menyaman pasar raya tersebut sebanyak RM30 juta.

Katanya, pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan dalam mana-mana ciapan dan hantaran yang dimuat naik di platform media sosial Mydin serta tiada sebarang unsur perlian atau menghina individu tertentu.

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas.

Semalam, Caprice menerusi hantarannya di Instagram memaklumkan, dia tidak teragak-agak untuk menyaman Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut dalam tempoh 24 jam susulan ciapan yang didakwa memalukan dirinya.

Bagaimanapun, Caprice hari ini sekali lagi memuat naik hantaran di InstaStory menawarkan perbelanjaan secara percuma kepada rakyat Malaysia di pasar raya tersebut.

“Cap nak belanja rakyat Malaysia beras, minyak dan tiga bahan lain ikut pilihan anda secara percuma minggu hadapan. Pilih lokasi mana korang (kalian) nak Cap belanja.

“Subang Jaya, Bukit Jelutung atau Batu Caves,” tulisnya.

Mengulang lanjut, Ameer Ali mengatakan sekiranya benar Caprice ingin melakukan kerja amal di pasar rayanya, dia amat mengalu-alukan kehadiran mereka selain menawarkan 1 kilogram (kg) paket gula kepada yang terlibat.

“Baguslah kalau Caprice nak buat kerja amal, bantu orang ramai, jangan lupa hubungi pihak Mydin ikut cawangan yang diinginkan.

“Saya pun nak bantu juga, bagi yang terlibat Mydin akan beri 1kg gula kepada anda,” katanya.

Sumber : Kosmo

Caprice Bakal Saman Mydin 30juta. Ini PUNCANYA. | Caprice Nama penyanyi rap sensasi, Caprice tidak perlu diperkenalkan lagi kerana figura ini seringkali prihatin dengan nasib menimpa sesuatu individu atau situasi.

Malah, pemilik nama Ariz Ramli menjadi sorotan netizen kerana tidak pernah ketinggalan turun padang sehingga sanggup bersengkang mata bersama tim miliknya bagi merungkaikan sesuatu isu.

Nama ‘cap’ ‘rice’ dijadikan bahan jenaka Mydin?
Terbaharu, muncul pula isu berbangkit di mana salah sebuah pasaraya tersohor, Mydin memuat naik ciapan dikatakan berbaur sindiran terhadap nama penyanyi berusia 34 tahun dengan mempromosikan barangan.

Menerusi ciapan tersebut, pihak sosial media pasaraya tersebut hanyalah menulis ‘Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice‘.

Caprice minta Mydin mohon maaf dalam tempoh 24 jam
Tidak berdiam diri apabila ‘rasa’ namanya dijadikan bahan jenaka, Caprice meminta pihak Mydin bagi membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain meminta mereka untuk memadam ciapan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Kalau tak, Caprice nak saman?
Dalam hantaran berikutnya, Caprice mengatakan dia tidak teragak-agak mahu menyaman pihak Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut.

Tindakan membuat ciapan di laman Twitter itu jelas membuatkan klien Caprice rasa dihina dan tidak selamat lagi.

“Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dihina oleh jenama dan pasaraya mereka kerap beli-belah.
“Penghinaan awam menyebabkan klien kami rasa tidak selamat dan trauma terhadap pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang,”tulis Caprice.

Selain itu, Caprice berharap agar pihak Mydin tampil membuat video permohonna maaf dan ganti rugi atas hantaran berbaur sindiran tersebut.

Sumber: OMM

Share.

Leave A Reply