Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan di semenanjung negara bermula esok.
Berdasarkan MetMalaysia, ramalan ini dikeluarkan melalui analisis model METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).
Menurut mereka, analisis tersebut menunjukkan penumpuan angin yang dijangka berlaku di kawasan semenanjung dalam temph 21 hingga 23 Oktober 2022 ini.
“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir yang boleh
membawa hujan lebat dan angin kencang. Ia dijangka berlaku pada sebelah petang sehingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial. Bagi maklumat yang terkini dan sahih, boleh juga memuat turn aplikasi myCuaca,” katanya di sini tadi.