Pengeluaran KWSP: Ini Rayuan Mantan PM DS Ismail Sabri Yg Ditunggu-Tunggu | Isu berkenaan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh rakyat yang memerlukan bantuan tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan supaya mempertimbangkan permohonan rakyat yang memerlukan pengeluaran sejumlah wang Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) secara bersasar untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Jelas beliau, baru-baru ini beliau bertemu dengan wakil Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) yang memaklumkan situasi di mana ramai pekerja berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan hidup.

Menurut Ahli Parlimen Bera itu, terdapat segelintir pihak yang baru mendapat pekerjaan, tetapi masih bertatih untuk hidup ada juga yang masih menganggur, tetapi mempunyai simpanan KWSP.

“Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang menjadi muflis kerana tidak mampu untuk bayar hutang, meskipun wang simpanan KWSP bertujuan untuk digunakan pada hari tua, namun ianya tidak bermakna apabila memasuki hari tua dalam keadaan yang muflis.

“Keperluannya yang mendesak adalah hari ini, bukan apabila sampai tempoh hari tua,” katanya dalam Ucapan Titah Diraja di Dewan Rakyat vhari ini.

Atas sebab itu, katanya, beliau bersama-sama PWRN dan rakan-rakan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) seperti Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) untuk meminta kerajaan pertimbangkan permohonan tersebut.

“Pengeluaran bersasar tersebut jika dibenarkan, syarat-syaratnya boleh ditentukan sendiri oleh kerajaan.

“Peruntukan daripada pengeluaran wang pencarum KWSP berdasarkan empat kali pengeluaran sejak pandemik Covid-19 melibatkan jumlah yang kecil berbanding jumlah keseluruhan aset badan itu,” tambah beliau.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Ada Pihak Mohon Untuk Keluarkan Lagi KWSP, Ini Jawapan PM Buat Ramai TERKEDU | Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) semalam mengemukakan Resolusi Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memohon kerajaan membenarkan tuntutan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’.

Resolusi yang disampaikan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin itu, menurut ProRakyat, adalah sebagai langkah jangka pendek boleh dipertimbangkan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terputus wang tunai.

Kepada tuntutan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menjelaskan kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran sekali lagi simpanan daripada KWSP.

Perdana Menteri berkata, adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan sebelum ini.

“Kalau kita tengok orang yang ada simpanan KWSP ini, duitnya sedikit sekali. Jadi saya perlu timbang di antara keperluan mendesak dan masa depan mereka.

“Saya periksa jumlah (simpanan KWSP) yang majoriti pencarum ada, jumlahnya sangat kecil. Jadi, saya bimbang masa depan mereka, lebih baik kerajaan cari jalan lain untuk bantu mereka,” katanya ketika ditemui di sini.

Anwar sebelum itu hadir Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri Perlis di Dewan 2020.

Terdahulu pada 11 Januari lalu, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memeterai usaha sama dengan Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) bagi menyokong Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

Menurut pertubuhan berkenaan, melalui kes-kes dan aduan-aduan diterima mereka, masalah hutang tertunggak, kesusahan dan taraf ekonomi rakyat yang teruk adalah sangat tinggi terutama di era pasca pandemik.

Sumber : Buletin TV3

Share.

Leave A Reply