Sebelum ini, seorang influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau biasa disapa Cik Pia meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila anak yang baru dilahirkan terpaksa dibinkan nasab Abdullah gara-gara suaminya tidak memberi kerjasama untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Baru-baru ini, menerusi hantaran terbaharu Cik Pia di laman TikToknya, dia tidak dapat menahan air mata apabila anak yang baru dilahirkan terpaksa memilih 99 nama Allah untuk dibinkan telah mengundang sebak ramai.

Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya mempunyai ruang dan masa untuk melakukan siaran secara langsung di media sosial namun, tidak dapat hadir ke JPN untuk mendaftarkan nama anak mereka.

“Pedih bagai dihiris hati ini..bapa masih live masih ada masa ke sana ke sini dengan “makwe” tapi untuk datang ke JPN daftarkan anak tak ada masa,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap pihak JPN sepatutnya mempunyai timbang rasa terhadap masalah yang berlaku kepada Cik Pia memandangkan suaminya tidak mahu memberi kerjasama yang sewajarnya.

Malah, ramai yang mendakwa undang-undang yang tersedia ada telah menyebabkan pihak lain terjejas meskipun kesalahan itu bukan terletak kepada mereka.

“Kenapa tak de undang2 untuk bagi pengajaran pada bapa yang tidak bertanggungjawap begini.. mana pergi kuasa2 jabatan agama untuk bertindak untuk hal begini.

“Undang2 manusia ni menyusahkan. padahal anak no 2. ade sijil nikah. kat sijil nikah pun ade name & ic no. Rase kuat dah… doa cik pia.

“Sama mcm saya sis. terpaksa letak nme 99 nme Allah dekt ank num 2 ex suami lansung taknak bagi kerjasama.. .. semoga kita kuat untk ank2 sis.

“JPN pon satu. mesti da tau kes cikpia. nape susah sngt nk bertmbg rsa bg je lh letak bin bpk dia. bpk dia tu xnk kerjasma. jpn kena la bntu.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Cik Pia terus tabah dalam menghadapi dugaan ini dan berharap agar urusannya itu sentiasa dipermudahkan.

Sumber: OMM

 

 

Baca Juga: Anak Murid Kerap Seret Kaki Sambil Pegang Seluar, Cikgu SEBAK Bila Tahu Cerita Sebenar

Seorang cikgu berkongsi kisah kekentalan seorang murid miskin sanggup datang ke sekolah dengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya yang saiznya tidak padan dengan fizikalnya.

Anak Murid Kerap Seret Kaki Sambil Pegang Seluar, Cikgu SEBAK Bila Tahu Cerita Sebenar

“Saya sebak, dalam ramai orang susah yang sudah saya jumpa, dia sangat istimewa kerana mempunyai azam begitu tinggi dan datang sekolah biarpun dalam keadaan serba daif.

“Insya-Allah, saya rancang ambil dia sebagai anak angkatdan bantu sedaya mana yang termampu supaya dia dapat meneruskan persekolahan seperti murid lain,” kata Mohd Nasir Mohd Zain.

Mohd Nasir berkata, bukanlah niatnya mahu menagih pujian dengan memuat naik perkongsian dia membantu membeli kelengkapan sekolah murid tahun tiga itu, namun hantaran di Facebook (FB) miliknya itu bertujuan memberi inspirasi kepada masyarakat terutama anak muridnya.

“Air mata saya hampir menitik melihat dia sanggup seret kakinya di lantai supaya kasut dia yang saiznya jauh lebih besar daripada kakinya tidak tertanggal manakala tangannya sentiasa memegang seluar bagi mengelak terlondeh.

“Jadi saya tak kisah apa pun orang hendak kata kerana niat saya berkongsi kisah ini supaya ia dijadikan inspirasi kepada orang lain terutama murid lain supaya tidak menjadikan kemiskinan satu halangan untuk datang ke sekola,” katanya.

Menurutnya, hasil semakan dan maklumat diterimanya mendapati kanak-kanak yang mempunyai empat adik-beradik itu datang daripada keluarga miskin.

“Saya fikir sekarang dia belajar di tahun tiga mungkin belum tahu apa itu perasaan malu.

“Bayangkan kelak bila dia naik ke tahun empat, lima atau enam, tidak mustahil dia akan rasa malu dan jika tidak pergi sekolah sudah pasti masa depan dia akan gelap.

“Menjadi satu kepuasan kepada diri saya bila melihat ekspresi muka kanak-kanak itu yang sangat gembira seolah-olah apa yang diidamkan selama ini tercapai,” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply