PETALING JAYA – Tindakan dua orang kanak-kanak bermain permainan lato-lato di dalam sebuah surau mendapat kecaman orang ramai.

Sebuah rakaman video berdurasi enam saat memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang kanak-kanak dipercayai adik-beradik dilihat bermain lato-lato tanpa menghiraukan orang lain yang sedang menunaikan solat.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam penjaga mereka yang membiarkan kanak-kanak tersebut membuat bising di dalam surau berkenaan.

“Alasan ibu bapa tak nak anak ganggu mereka solat. Tapi kalau dah mengganggu orang lain buat ibadah pun salah juga. Tolong ajar anak jangan ganggu solat orang,” kata Nabila.

“Kalau kita tegur kejap lagi ibu dia suruh kita solat di rumah pula,” kata Azhar.

“Kalau aku, aku tegur je budak-budak ini. Solat tempat ibadah tak boleh bising,” kata Aimi.

“Kalau dah macam ini, memang kena tegur supaya mak dengan budak itu sekali tahu benda ini salah. Kena hormatlah dekat tempat macam surai ini, jangan buat bising,” kata Neko.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali dan mendapat lebih 3,000 ulang ciap.

Sumber: Kosmo

 

 

Baca Juga: Hakim Berang Tunggu Siti Bainun Lambat Masuk Mahkamah

Hakim Mahkamah Seksyen di sini hari ini, marah selepas pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dan peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf tidak berada di dalam mahkamah mengikut masa ditetapkan.

Hakim Izralizam Sanusi berkata, beliau sudah menetapkan prosiding kes bela diri pada hari ini bermula pada 9.30 pagi.

“Peguam bela di mana? Semalam saya sudah tetapkan jam 9.30 pagi, betul?

“Awak ingatkan sikit anak guam. Dia orang kena tuduh (OKT), mana ada hakim tunggu tertuduh datang,” katanya.

Menjawab pertanyaan Izralizam, pembantu peguam bela, Siti Zulaikha Zulkifli berkata, anak guam mereka sudah tiba, namun keluar sebentar berkemungkinan ke tandas.

Izralizam: Semalam lambat, hari ini lambat. Hari ini alasan apa?

Siti Zulaikha: Dia (tertuduh) mungkin ke tandas. Dia sudah sampai, saya percaya dia sampai dengan kami.

Izralizam: Jadi dia tak boleh tunggu dulu sampai saya naik 9.30 pagi?

Siti Bainun kemudian dilihat memasuki mahkamah dan hakim segera memintanya berada di dalam kandang tertuduh.

Izralizam: OKT pergi mana tadi. Kenapa masuk lambat?

Siti Bainun: Saya tak dengar tadi, saya dekat luar ada call (panggilan).

Izralizam: Make sure (pastikan) 9.30 pagi kena ada dalam ini (mahkamah). Kalau TPR (timbalan pendakwa raya) boleh ada, kenapa awak tak ada. Selepas ini 9.30 pagi kena hadir, saya tak nak mengganggu perjalanan kes lagi.

Prosiding kes bela diri terpaksa ditangguhkan sebentar sementara menunggu kehadiran peguam.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply