Pengenalan cuti haid memerlukan penelitian dan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata ini kerana proses memperkenalkan cuti haid bukan saja membabitkan kesejahteraan pekerja wanita tetapi akan turut memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara.
Jelasnya, buat masa ini, terdapat kemudahan cuti sakit dan cuti rehat sedia ada yang diperuntukkan oleh majikan kepada pekerja sama ada dalam sektor swasta atau awam.
Beliau menjawab soalan asal Charles Anthony Santiago (PH-Klang) sama ada kementerian mempunyai rancangan untuk memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita daripada keluarga B40.
Berita Lanjut MENYUSUL..
Sumber: Berita HarianĀ