Pengerusi Amanah Kedah Dipecat | Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, dipecat daripada parti berkenaan berkuatkuasa serta-merta kerana didapati telah melanggar perlembagaan parti.

PRU15: Pengerusi Amanah Kedah dipecat

Keputusan berkenaan diputuskan selepas Jawatankuasa Pengurusan Nasional Amanah yang bermesyuarat hari ini mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu telah melanggar Perlembagaan, mengingkari keputusan-keputusan dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.

Menerusi Datuk Hatta Ramli, Setiausaha Agung Amanah, keputusan memecat Phahrolrazi dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2 (b) Perlembagaan Parti.

Sehubungan itu, jelas Hatta, Timbalan Datuk Ismail Salleh, Pengerusi Amanah Negeri Kedah, akan menjalankan tugas-tugas Phahrolrazi berkuatkuasa serta-merta.

Sementara itu, ketika Astro AWANI menghubungi Phahrolrazi, memaklumkan, beliau akan mengadakan sidang media pada pukul 5.30 petang ini di Pejabat Amanah Jerai di Guar Chempedak bagi mengulas keputusan pucuk pimpinan Amanah memecatnya.

Selian itu, beliau juga memaklumkan bahawa beliau akan menjelaskan mengenai tindakan Pakatan Harapan (PH) mencalonkan calon daripada DAP di kerusi Parlimen Jerai.

Terdahulu, kelibat Phahrolrazi tidak kelihatan pada Majlis Pengisytiharan Calon PH Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan di Padang Awam, Bandar Laguna Merbok semalam.

‘Kehilangan’ pemimpin berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan keputusan PH untuk meletakkan calon daripada parti DAP di kerusi Parlimen Jerai berbanding calon daripada parti Amanah.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply