Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Berjaya mengetepikan pilihan utama dan membuatkan penghuni akademi terkejut ketika bangun solat Subuh adalah ‘salam perkenalan’ daripada bintang tenis muda negara, Annas Farish Annas Shukhairy yang berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat (AS) sejak November lalu.

ANNAS Farish berjaya meraih kejuaraan sulung di AS selepas berpangkalan di sana sejak November lalu. FOTO Ihsan Akademi Tenis Bolt

Baru-baru ini pemain berusia 16 tahun itu mengejutkan ramai penggiat tenis di sana termasuk pihak akademi tempat dia berlatih, Akademi Tenis Bolt apabila berjaya muncul juara Kejohanan Bawah 16 tahun Kelab Harbour Island Athletic.

Annas Farish berjaya muncul juara selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Josh Spier 6-3, 6-2 namun sebelum itu di pusingan pertama dia berjaya mengejutkan pilihan utama, Carter Ford 3-6, 6-4 (10/8).

“Ini kejohanan kedua dia di AS selepas beraksi di Kejohanan Remaja Orange Bowl pada 2021, sebenarnya sukar untuk dia menyertai kejohanan di sana kerana tidak mempunyai ranking. AS memang mementingkan ranking dan status, jadi bagi kejohanan pertama ini dia masuk sebagai wild card dan selepas itu mengalahkan pilihan utama.

“Jadi sejak dia menang dengan pilihan utama itu, ia bagai satu kejutan buat industri tenis di Florida, dengan ada yang mula bertanyakan mengenai siapakah Annas Farish dan dari mana dia datang. Mereka mula menjalankan siasatan sehinggalah dia melepasi pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan final,” kata bapa Annas Farish, Annas Shukhairy Abidin ketika dihubungi Arena Metro.

Image

Menurut Annas Shukhairy, beliau sangat gembira dan pada masa sama terkejut dengan pencapaian anaknya itu berikutan tahap permainan tenis di sana sangat tinggi.

“AS adalah negara ‘Grand Slam’ mereka memang mempunyai perbelanjaan tinggi untuk program akar umbi tidak seperti di sini. Insfraktruktur mereka juga sangat bagus. Jadi saya sangat gembira dan berasa syukur Alhamdulillah dengan pencapaiannya setakat ini,” katanya.

Annas Shukhairy juga berkongsi cerita mengenai pihak akademi ada menghubunginya selepas dua hari anaknya berada di AS, apabila mereka terkejut pada jam 2 pagi terdengar seperti orang sedang bangun dan masuk bilik air.

“Mereka hairan dua hari berturut-turut pada jam 2 pagi terdengar bunyi sedemikian apabila mereka mengintai, rupanya, Annas Farish sedang menunaikan solat Subuh. Jadi ia membuatkan pihak akademi tertanya-tanya mengenai kehebatan peribadi anaknya, yang menjaga solat.

“Kalau dia bukan tahap seperti pemain di sana, saya rasa sudah pasti pihak akademi menghantarnya segera pulang, kerana dia mendapat biasiswa latihan dan penginapan percuma. Manakala makanan, duit tambang perjalanan dan alatan semuanya kami tanggung sendiri,” katanya yang sudah menghabiskan ratusan ribu ringgit selama 10 tahun termasuk menggadaikan barang kemas isteri, menjual tanah pusaka dan kereta untuk mempersiapkan Annas Farish.

Image

Annas Farish sebelum ini pernah muncul juara perseorangan dan beregu di Kejohanan Remaja Kebangsaan 2020 kategori bawah 14 tahun dan muncul naib juara perseorangan di kejohanan yang sama pada 2021, dijangka mudah untuk menyertai kejohanan di AS selepas ini apabila namanya sudah masuk dalam sistem ranking di sana.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply