Pengguna Kecewa, SOP baharu Penyebab Pengakutan Awam Sesak. Ada Video| Setelah perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Polis kini dilaporkan telah mengehadkan kapasiti pengakutan awam kepada 50 peratus sahaja manakala kekerapan pengakutan juga telah dikurangkan di ibu kota menyebabkan timbulnya kritikan negatif oleh pengguna khusunya netizen Malaysia.

Pengguna Kecewa, SOP baharu Penyebab Pengakutan Awam Sesak (Ada Video)

Rata-rata pengguna meluahkan ketidakpuasan hati mereka melalui tinjauan di media sosial oleh Awani yang menunjukkan rata-rata pengguna media sosial Twitter meluahkan rasa kesal apabila mendapati orang ramai terpaksa bersesak akibat menunggu untuk tempoh yang lama pengangkutan awam.

Kesesakan yang berlaku menyebabkan penjarakan fizikal dilihat sukar untuk dilakukan justeru mengundang kemudaratan kepada para pengguna pengakutan awam.

Melalui satu ciapan di media sosial, pengguna rata-ratanya kecewa serta mempersoalkan polisi yang ditetapkan pihak berkuasa selepas memuat naik gambar yang menunjukkan orang ramai beratur panjang di stesen pengangkutan awam.

Ciapan dimuatnaik oleh @Ano_hidayah, 60 peratus pekerja sektor swasta terpaksa melalui kesesakan di pengangkutan awam setiap hari.

Mengikut SOP yang telah diberikan oleh pihak penguatkuasa, 80 peratus penjawat awam perlu bekerja dari rumah manakala memutuskan untuk memberi 40 peratus pekerja di sektor swasta untuk berbuat demikian.

SOP yang diperuntukkan mengehadkan kepada 50 peratus penumpang sahaja dan kekerapannya dikurangkan sementara sektor perniagaan pula hanya diberikan beroperasi  bermula jam 8 pagi sehingga pukul 8 malam dalam ushaa mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan orang awam.

Sekatan-sekatan yang dikeluarkan telah diumumkan oleh pihak kerajaan merupakan sekatan terbaru yang telah ditambahbaik bagi operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa pada 12 Mei lalu.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply