Twitter dikatakan bakal mengenakan bayaran $19.99 (RM94.65) setiap bulan bagi langganan Twitter Blue baharu kepada penggunanya menerusi laporan Business Insider.

Pengguna Twitter Yang Ingin Kekalkan 'Verification Badge' Bakal Dikenakan Bayaran?

Difahamkan, pelan terbaharu itu bakal dilancarkan tidak lama lagi dan memerlukan pengguna untuk membayar bagi lencana pengesahan mereka (verification badge).

Ia dikatakan termasuk dalam perjanjian pembelian Twitter oleh pemilik baharu, Elon Musk.

Sementara itu, bekas editor The Verge, Casey Newton mendakwa bahawa eksekutif Twitter telah mengadakan perbincangan berhubung perubahan baharu pada platform media sosial itu pada hujung minggu.

Pengguna yang melanggan Twitter Blue perlu membayar langganan itu sekiranya tidak mahu kehilangan ‘lencana’ mereka.

Sebelum ini, Twitter Blue yang dilancarkan pada tahun lepas mengenakan bayaran bulanan sebanyak $4.99 (RM23.62) sebagai tawaran premium platform berkenaan.

Ciri terbaharu Twitter itu memberikan pengguna untuk mengakses ciri baharu seperti ikon aplikasi yang boleh ditetapkan, kelebihan mengubah atau menanda tweet (tweet bookmark) dan ‘mod pembaca’ untuk melihat dengan lebih mudah urutan siaran(thread).

Walau bagaimanapun, langganan pengesahan tersebut telah dinaikkan dengan harga yang diramal sebanyak $19.99 (RM94.65) sebulan, lapor The Verge.

Pelancaran Twitter Blue bagaimanapun bergelut dengan daya tarikan khusus dan ciri terhad namun menerusi langganan pengesahan itu mampu meningkatkan populariti pengguna.

Tambahan lagi, ia bakal menjadi aplikasi media sosial pertama di Amerika yang berbuat demikian sekiranya rasmi disebabkan masih banyak platform media sosial lain masih menawarkan secara percuma.

Buat masa kini, ciri itu hanya tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand namun kebanyakan pengguna menyuarakan pandangan dan spekulasi sebaliknya berkaitan ciri reformasi yang bakal dibawakan.

Dalam pada itu, satu ciapan yang dimuat naik oleh Elon hari ini turut menyatakan bahawa syarikat itu dalam fasa rombakan.

Katanya lagi dalam ciapannya di Twitter, seluruh proses pengesahan sedang dirombak sekarang.

Sehingga kini, Musk dan eksekutif Twitter enggan menjawab sebarang pertanyaan daripada mana-mana media dan akhbar.

Sumber: Business Insider

Share.

Leave A Reply