Penulis Buku Ditahan Hina Nabi Muhammad Di Facebook | KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Muda, Shah Alam, pada jam 11.15 pagi, hari ini.

“Kita turut merampas satu telefon bimbit jenama iPhone XR berserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran itu, pada Khamis lalu.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat esok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abd Jalil berkata, siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman, mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Abd Jalil juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta tidak menyentuh sensitiviti agama serta kaum.

SUMBER : Berita Harian

Share.

Leave A Reply