Tahun baharu sepatutnya menjadi permulaan yang baik, namun sebaliknya yang terjadi kepada seorang lelaki. Manakan tidak, rumah yang disewanya berubah sekelip mata seperti tempat pelupusan sampah.

Bermula dari ruang tamu, bilik tidur sehingga ke bilik mandi dipenuhi dengan sampah sarap.

Malah sinki turut dipenuhi dengan kelengkapan mandi seperti syampu dan sabun yang tidak lagi digunakan.

“Dugaan tahun 2023… kisah penyewa durjana, ambil iktibar la. Rumah aku bagi sewa dijadikan tempat sampah.

“Ada lagi manusia begini. Hangpa viral sat supaya tuan rumah menyewa alert sikit,” tulisnya menerusi keterangan video.

Menerusi perkongsian di laman sosial, lelaki itu memberitahu dia pada mulanya mahu mendapatkan kunci rumah daripada penyewa, namu, tidak dipedulikan.

“First minta kunci rumah kat penyewa, call kena block, WhatsApp tak balas.

“Tunggu satu bulan tak ada respons. Pergi balai polis buat report untuk masuk ke rumahnya,” katanya.

Namun dia tidak menyangka terdapat longgokan sampah di dalam rumah sewa miliknya yang dipercayai terletak di Pulau Pinang itu.

Keadaan rumah itu kelihatan seperti lama ditinggalkan.

Timbul tanda tanya mengapa terlalu banyak plastik yang berisi sampah dilonggokkan di dalam rumah.

“Hang ingat tempat sampah ke?” soalnya.

Selain plastik sampah, turut dilihat merata-rata adalah kotak-kotak kadbod.

Di bilik mandi pula menyaksikan mangkuk tandas berdaki seperti tidak dicuci berbulan-bulan lamanya.

“Aku beli rumah bukan minta jadi macam ni. Bukan rumah lelong.

“Tengoklah weh, apa bendan dia buat dekat rumah aku,” ujarnya lagi.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan identiti penyewa dan tindakannya selepas itu.

Namun di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan keadaan rumah yang dihuni penyewa tersebut.

“Boleh ke manusia hidup dalam keadaan macam ni?

“Macam mana dia boleh hidup dalam rumah macam ni? Spill muka penyewa tu bang!

“Apakah ini manusia yang menyewa? Tolong la.” demikian antara komen netizen.

Persoalan netizen itu kemudia dibalas pemilik rumah sewa berkenaan yang turut akur dengan keadaan tersebut.

“Boleh bang… dulu tak percaya. Sekarang percaya dah depan mata,” katanya ringkas.

Sumber: Mstar

 

Baca Juga: Rumah Sewa Ditinggalkan dalam Keadaan Amat Kotor Dan Rosak

Lembaga Zakat Selangor (LZS) kesal dengan tindakan seorang asnaf didapati meninggalkan sebuah rumah sewa di sekitar Tanjong Karang di sini, dalam keadaan yang amat kotor dan rosak.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS, Datin Norajun Ainun Mohd Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya terkesan dengan perkara itu yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Tindakan seumpama itu dianggap menganiaya pemilik rumah sewa itu yang turut memberi kesan kepada asnaf lain sukar untuk menyewa pada masa depan.

“Justeru, LZS mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan itu supaya amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah sewa dihuni mereka,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya menyarankan pemilik rumah itu membuat aduan rasmi kepada LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah itu berikutan penyewa tidak lagi menetap di situ.

Dalam pada itu, Norajun Ainun berkata, lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa rumah dari LZS.

“Bantuan bulanan itu disalurkan terus kepada akaun pemilik rumah sewa bagi menyantuni keperluan asas keluarga asnaf di negeri ini,” ujarnya.

Terdahulu, tular di laman Facebook memaparkan beberapa gambar sebuah rumah sewa dipercayai milik LZS yang ditinggalkan penyewa dalam keadaan kotor dan tidak terurus.

Hantaran itu kemudian mendapat kecaman daripada ramai pihak berikutan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan penyewa terbabit.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai mengecam tindakan asnaf terbabit yang tidak menjaga kebersihan rumah sewa tersebut.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply