“Peperangan Rusia Ke atas Ukraine Boleh Berlaku Bila-Bila Masa”- Ujar AS | Amerika Syarikat (AS) mendakwa Russia boleh menyerang Ukraine dalam tempoh beberapa hari atau minggu lagi, namun masih boleh memilih jalan diplomatik menerusi laporan Reuters.

"Peperangan Rusia Ke atas Ukraine Boleh Berlaku Bila-Bila Masa"- Ujar AS

Penasihat keselamatan kebangsaan Rumah Putih, Jake Sullivan, semalam berkata keadaan kini di ambang perang.

Jelasnya, pada bila-bila masa dari sekarang, Russia boleh mengambil tindakan ketenteraan terhadap Ukraine atau mungkin beberapa minggu lagi.

Tambahnya, namun sebaliknya Russia juga boleh memilih untuk mengambil jalan diplomatik.

Sullivan membuat kenyataan itu selepas dua pegawai Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu berkata Russia, yang merampas Crimea daripada Ukraine pada 2014, menempatkan kira-kira 70 peratus kuasa tempurnya di sempadan.

Tindakan itu dipercayai menjadi persediaan bagi melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine.

Sullivan berkata, tindakan yang mungkin dilakukan Russia termasuk merampas wilayah Donbass yang kini dikuasai Ukraine, di mana pemisah disokong Russia merampasnya dari kawalan kerajaan Ukraine pada 2014 atau serangan siber.

Katanya, Russia boleh bertindak seawal hari ini atau mungkin mengambil masa berminggu lagi.

Ujar Sullivan, mereka percaya terdapat kemungkinan sangat jelas yang Vladimir Putin (Presiden Russia) akan mengarahkan serangan ke atas Ukraine.

Beliau sudah meletakkan dirinya dalam kedudukan dengan penempatan tentera supaya dapat bertindak agresif terhadap Ukraine pada bila-bila masa sekarang.

Ukraine, yang cuba mendapatkan lebih banyak bantuan ketenteraan, turut berusaha untuk meredakan kebimbangan terhadap pencerobohan itu.

Menteri Luar, Dmytro Kuleba, semalam menggesa orang ramai supaya tidak mempedulikan “ramalan apokaliptik”, mengatakan negara itu kuat dan mendapat sokongan antarabangsa yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Sumber: Reuters

Share.

Leave A Reply