Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu pengumuman tergempar.

PM New Zealand Jacinda Ardern umum letak jawatan

Memetik laporan portal The Guardian, perkara mengejutkan itu diumumkan menerusi mesyuarat kaukus tahunan parti pada Khamis.

Jelasnya, pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern merasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu.

Ujarnya, jawatan yang disandangnya itu datang dengan tanggungjawab yang berat.

“Saya meletak jawatan kerana tugas ini memerlukan tanggungjawab, iaitu mengetahui adakah saya orang yang tepat untuk mempimpin dan menyedari bila masanya untuk berundur.

“Saya tahu apa yang diperlukan dalam menggalas jawatan ini. Dan saya tahu saya tiada lagi keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Ia semudah itu,” ujarnya.

Susulan pengumuman itu Ardern menghubungi tunangnya Clarke Gayford bagi mengajaknya berkahwin.

“Mari kita berkahwin akhirnya,” tulisnya.

Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu.

Sebelum ini beliau menjadi pemimpin kerajaan wanita termuda di dunia selepas dilantik sebaga Perdana Menteri pada 2017 pada usia 37 tahun.

Pentadbirannya turut menyaksikan kepimpinannya semasa menempuh pandemik COVID-19, beberapa bencana dan tragedi besar seperti kejadian serangan masjid di Christchurch dan letusan gunung berapi White Island.

Untuk rekod, tempoh jawatan yang disandangnya itu akan berakhir selewat-lewatnya 7 Februari.

Sumber : Astro Awani

 

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DI BACA

Shahidan Kassim Gesa Zahid Hamidi Letak Jawatan

(2/11/2022)

Shahidan Kassim Gesa Zahid Hamidi Letak Jawatan. | ARAU : Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pembohong apabila langsung tidak mempertimbangkan senarai lima nama calon yang diserahkan oleh bahagian untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tegas Shahidan, Ahmad Zahid juga dianggap mungkir janji dan tidak menjalankan amanah yang diberikan kepadanya untuk memilih calon berdasarkan pertimbangan kepimpinan tertinggi parti atau Top 5.

Katanya, beliau secara peribadi tiada masalah sekiranya tidak dipilih untuk bertanding, namun calon penggantinya itu mestilah seorang yang boleh membawa kemenangan kepada parti.

“Kalau calon boleh menang saya tiada masalah, bukannya calon mesin padi dan tidak pernah jejak kaki ke bahagian,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini malam ini.

Menerusi pengumuman rasmi calon Barisan Nasional (BN) sebentar tadi, nama Shahidan digugurkan di Parlimen Arau dan tempatnya digantikan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman.

Selain Shahidan, penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin juga tidak akan mempertahankan kedudukannya dan digantikan dengan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Dalam pada itu, Shahidan turut menggesa Ahmad Zahid melepaskan jawatannya dan digantikan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menerajui parti Melayu itu dalam PRU15.

“BN akan kembali pulih kalau Zahid berhenti dan tak bertanding (dalam PRU15). Disebabkan seorang yang gila untuk jadi calon, habis rosak Perlis,” katanya.

Tambah Shahidan, calon penggantinya itu juga pernah berhubung bagi memaklumkan untuk bertanding di Parlimen Arau namun ia tidak mendapat restu di peringkat bahagian.

“Saya lebih memilih calon pengganti yang ada memegang jawatan, ini langsung tiada jawatan dalam bahagian,” katanya.

Selepas itu Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan bertanding menentang calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti mana yang akan ditandinginya namun memberi bayangan memilih tiket Perikatan Nasional.

Shahidan membuat keputusan itu selepas kecewa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mencalonkannya semula di kerusi parlimen tersebut.

“Kalau saya calon boleh menang, saya akan bertanding. Kalau saya calon tak boleh menang, saya tak akan bertanding.

“Tiket apa itu nombor dua, yang penting saya tanya dengan cawangan-cawangan (UMNO), saya harus tanding atas tiket apa.

“Pada saya, mereka memilih tiket sebuah parti yang menggerak ke arah Muafakat Nasional yang lepas, yang melibatkan Pas dan Bersatu,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua Cawangan Parlimen Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Arau, Perlis, malam ini.

Menurut Shahidan lagi, setakat ini belum ada sebarang perbincangan dengan Perikatan Nasional dan berharap parti tersebut akan menang dalam PRU15.

Barisan Nasional dalam pengumuman calon di WTCKL malam ini menamakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman sebagai calon di kerusi Parlimen Arau.

Shahidan semalam menerusi hantaran di Facebook memaklumkan semua Bilik Gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan semua bendera parti turut diturunkan.

Sumber : KMN 

Share.

Leave A Reply