Perjuangan Aku Penghidap HIV Dan PLU Belum Selesai | Assalamualaikum wbt, pertamanya aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi publish luahan aku ni. Apa yang aku nak luahkan ni aku yakin sesiapa yang dah lama dalam group ni semua dah pernah dengar, bukan perkara luarbiasa pun. Tapi aku memilih untuk menulis mungkin sebagai luahan perasaan aku dan memohon doa dari kalian semua.

Okay seperti tajuk luahan aku, aku yakin semua dah boleh agak cerita aku
cuma aku cuba karang bagi pembaca menilai side story aku.

Sebagai intro mudah aku kenalkan diri aku sebagai Murad (bukan nama
sebenar) berumur 31 tahun. Aku bekerja sebagai penjawat awam dan masih
bujang.

Aku seorang penghidap HIV dan telah mendapat rawatan dari tahun 2015.
Tak pernah missed rawatan alhamdulillah.

Baiklah satu fakta yang semua pembaca dah boleh agak adalah, oh dia ni
ada HIV dan bujang mesti PLU/ gay ni.

Ya betul aku mengaku aku adalah golongan songsang tersebut. Tapi itu
bukan aku nak highlight dalam luahan aku. Cuma aku bagi sikit intro
dunia songsang aku. Aku mula sedar aku ada perasaan terhadap kaum
sejenis ni sejak aku berumur 9 tahun.

Belum lagi ada internet untuk aku terpengaruh dengan p0rn0 ye kawan2.
Takde juga aku terdedah kepada golongan ini sebab aku tak tinggal di
asrama masa ni dan keluarga aku quite Islamic dan menjaga pergaulan
serta ibadah.

Baik nak dipendekkan cerita, sejak aku dapat tahu aku ada HIV hujung
tahun 2015 aku nekad untuk berubah.

Masa tu aku dah 4 tahun in steady relationship dengan BF aku. Tak pernah
sekali pun aku tukar2 partner or ambil drug, jadi aku sendiri tak tahu
punca aku kena.

Tapi Alhamdulillah family aku semua sangat supportive dan semua family
member aku tahu status aku. Aku ceritakan masa nak ambil second test
sebab aku percaya kpd doa ibu dan dengan dorongan BF aku.

Ini nikmat yang aku amat2 bersyukur. Ujian ini aku anggap sebagai tanda
Allah masih sayangkan aku dan taknak aku hanyut.

Setelah aku tahu aku positif, aku cepat2 on ubat dan aku declare aku
hanya kawan dengan BF aku. Aku sangat close dengan dia, family dia dan
sebaliknya. Jadi support system aku sangat kuat.

Aku juga join Usrah bagi golongan nak hijrah, then aku jadi member yang
aktif sehingga dilantik jd AJK dalam NGO orang yang nak berubah ni. Jadi
pada yang ingin berubah banyak NGO ada untuk support anda dan penghidap
HIV pun ada support group untuk bantu.

Kembali pada aku, aku kekal berkawan dengan ex BF aku sampailah aku
dapat tahu dia nak kahwin dan Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan untuk
aku jauhkan diri dari dia supaya hasrat dia nak berubah tak terbantut,
aku berpindah ke Kementerian lain di negeri lain.

Aku kemurungan dari sekolah dengan hakikat aku adalah PLU, aku sangat
benci pondan dan takkan berkawan rapat dengan mereka sebab aku sangat
benci hakikat kau mengubah diri kau tanpa cuba melawan nafsu tu.

Aku juga sentiasa doa Allah timbulkan nafsu pada perempuan supaya aku
boleh kembali kpd fitrah dan kahwin, ada keluarga dan bercinta dengan
orang yang betul.

Dalam aku nak berubah. Sekali lagi aku diuji, aku melamar Indah (bukan
nama sebenar) lepas aku dah kenal dia 2 tahun.

Sebelum aku lamar dia malam terakhir Ramadhan 2019, aku confess yang aku
adalah PLU dan aku ada HIV. Penerimaan dia sangat baik. Langsung tak
terkejut, Cuma aku terlambat. Dia dah terima lamaran orang lain dan
bertunang. So aku jauhkan diri dari dia.

Hidup aku lepas tu down sangat2, langsung tak terurus sampailah aku
selalu berdoa Allah tariklah nyawa aku. Kerja aku problem dan BP aku
naik sampai 170 dan kena refer psikiatari.

Nak dijadikan cerita, aku rapat dengan housemate aku (straight) dan baru
putus tunang. Jadi kitorang makin rapat dan timbullah perasaan antara
satu sama lain. Tapi aku sedar semua ni permainan perasaan sahaja dan
takkan kekal.

Jadi aku dah tak gila bercinta mcm dulu. Cuma kami sentiasa support
antara satu sama lain. Dia pun ada planning nak kahwin dan dalam proses
berkenalan dengan sorang perempuan di ofis dia.

Aku support keputusan dia, but d3pr3ssion aku kembali teruk memikirkan
aku akan hilang sorang demi sorang orang yang aku sayang.

Setiap hari aku fight untuk terus hidup selagi diberi nyawa dan aku cuba
cari jalan keluar untuk kembali semula kepada fitrah. Aku berkenalan
dengan sorang perempuan ni (aku namakan dia Penawar) yang selalu ambil
berat pasal aku.

Jujur aku takde perasaan pada dia. Cuma cara dia membuatkan aku yakin
untuk aku bagi harapan pada dia. Aku pun nak kahwin in the mean time
housemate aku ni nak kahwin supaya aku tak down lagi.

Tapi tiba-tiba aku dapat tahu Indah putus tunang, jadi aku put on hold
Penawar dan minta izin Indah untuk aku tunjuk gambar dia pada keluarga aku.

Dia beri kebenaran dan aku pun inform keluarga aku. Hati aku kembali
berbunga, aku mula ada motivasi utk hidup dan berdoa Allah permudahkan.

Setelah dipersetujui keluarga, aku melamar Indah lagi sekali. Dengan
lembut sekali lagi dia tolak lamaran aku kerana keluarga dia dah carikan
jodoh untuk dia. Masa ni aku rasa nyawa aku dah ditarik, hanya tinggal
jasad yang keawang-awangan di muka bumi.

Perjuangan aku untuk berubah terbantut lagi sekali. Jujur aku nak kahwin
bukan sebab family, bukan sebab nak tutup aib aku sebagai PLU, bukan
sebab aku nak ada zuriat, bukan sebab tekanan kawan2 dan bukan sebab aku
taknak kecewa setelah housemate aku kahwin.

Aku hanya ingin ihsan Allah untuk merasa sedikit kebahagian untuk aku
bahagia di dunia dan hidup aku di akhirat nanti tidak segagal hidup aku
di dunia.

Aku benar-benar ingin berubah, aku sangat2 berharap dipertemukan jodoh
yang boleh terima aku seadanya dan aku akan berusaha untuk bahagiakan dia.

Semoga angan-angan aku ini jadi kenyataan dan aku tak nak lagi kembali
kepada kehidupan aku yang penuh maksiat. Sakit aku ini aku pendam,
tangisan aku setiap malam untuk ihsan Allah ini aku berharap akan termakbul.

Doakan aku ya pembaca sekalian. Perjuangan aku masih belum selesai.

– Murad (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply