Perlu Diingatkan, Bermula Esok Caj RM1 Akan Dikenakan Di Mesin ATM | Hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Mulai esok, caj perkhidmatan pengeluaran tunai di mesin pengeluaran automatik (ATM) antara bank berjumlah RM1 kembali dikuatkuasakan.

Perlu Diingatkan, Bermula Esok Caj RM1 Akan Dikenakan Di Mesin ATM

Perkara ini sudah diumumkan awal kira-kira pertengahan Disember tahun lalu. Difahamkan, antara bank yang terlibat dalam penguatkuasaan caj ini termasuklah Maybank, CIMB, Ambank dan RHB Bank.

Sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan sementara caj perkhidmatan RM1 tersebut berikutan negara sedang melalui fasa pandemik sejak awal 2020 dahulu.

Jadi bagi anda yang sering menggunakan mesin ATM untuk mengeluarkan duit, jangan lupa tentang caj RM1 ini ya.

BACA JUGA : Bermula 1 Februari Maybank, CIMB, RHB & Ambank Akan Cas RM 1 Untuk Pengeluaran ‘Interbank’

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply