Perpustakaan Terkejut Sebuah Buku Dipulangkan Selepas 84 Tahun | Seorang lelaki bertindak memulangkan sebuah buku tebal yang dipinjam oleh datuknya walaupun telah lewat selama 84 tahun dan 2 minggu menyebabkan kakitangan perpustakaan terkejut.

Daily Mail, Paddy Riordan telah menemui buku tersebut dari barangan tinggalan datuknya sebelum memutuskan untuk memulangkan buku itu semula di perpustakaan tersebut.

Paddy dilaporkan terpaksa membayar sebanyak £18.27 (RM100) sebagai denda terhadap kelewatan memulangkan buku yang dipinjam oleh datuknya itu.

Memetik laporan Daily Mail, buku bertajuk Red Deer hasil karya Richard Jefferis itu sepatutnya dipulangkan pada 11 Oktober 1938.

Selepas menjadi barang tinggalan milik datuknya yang meninggal dunia pada tahun 1957, buku itu kekal tidak terusik di rak buku rumahnya.

Selepas itu, apabila anak perempuannya Anne juga meninggal dunia, buku berkenaan masih lagi belum dikembalikan.

Kemudian, cucunya Paddy telah menemui buku berkenaan dan segera untuk memulangkan kembali ke Perpustakaan Komuniti Earlsdon Carnegie di Earlsdon, Coventy.

Di samping itu, seorang kakitangan di cawangan perpustakaan itu telah memuat naik beberapa keping gambar di Facebook dan berkata bahawa “Ini adalah sesuatu yang anda tidak akan selalu nampak… salinan Red Deer oleh Richard Jefferies yang lewat 84 tahun dan dua minggu telah dikembalikan kepada kami!”

Kakitangan itu juga berkata Paddy Riordan memulangkan buku tersebut kepada mereka yang dijumpainya daripada koleksi datuknya dan telah menyelesaikan denda berjumlah £18.27.

Perpustakaan Earlsdon merupakan tempat yang sangat digemari oleh warga tempatan, yang dibina pada tahun 1913 dalam reka bentuk tradisional Carnegie.

Namun begitu, perpustakaan tersebut ditukar menjadi badan amal berdaftar pada September 2018, selepas berisiko untuk ditutup.

Kini, tempat itu menjadi hab komuniti dan digunakan untuk acara-acara tertentu.

Untuk makluman, terdapat seseorang yang memegang rekod dunia Guinness bagi kategori mengembalikan semula buku yang dipinjam ke Kolej Sidney Sussex dan mempunyai tunggakan denda yang banyak.

Buku yang bertajuk Scriptores Rerum Germanicarum Septentrionalium, Vicinorumque Populorum Diversi telah dipinjam pada tahun 1668 oleh Kolonel Robert Walpole, bapa kepada PM Sir Robert Walpole.

Walau bagaimanapun, buku berkenaan dikembalikan semula 288 tahun kemudian.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply