Sesat ikut “Waze” telah membawa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya menaiki motosikal ditahan di Plaza Tol Sungai Besi, malam tadi.

Remaja perempuan tanpa lesen memandu itu tersebut berkata, dia keluar dari rumah secara curi-curi menaiki motorsikal abangnya untuk ke rumah kawan di Taman Medan, Petaling Jaya.

“Ini kali kedua saya dari rumah di Semenyih pergi ke Taman Medan untuk ke rumah kawan di sana.

“Saya tersesat sebab gunakan ‘waze’ kalau tidak sebelum ini gunakan jalan pintas yang juga lebuh raya untuk pulang ke rumah saya,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam tangkapan lain, seorang pemandu Perodua Alza berusia 47 tahun, ditahan tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Alasan tidak mahu perbaharui lesen kerana jarang memandu dan hanya menggunakan kereta isteri jika perlu saja diberikan kepada anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ekoran pada itu, JPJ mengeluarkan dua notis saman terhadap lelaki berkenaan atas kesalahan dilakukan.

Kedua-dua pemandu antara yang ditahan dalam Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu JPJ di Plaza Tol Sungai Besi, sini, malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata, seramai 98 anggota terdiri daripada JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Lebuh Raya Utara -Selatan terbabit dalam operasi itu yang bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

“Dalam operasi itu, sebanyak 2,282 kenderaan pelbagai jenis termasuk bas, van, kereta dan motosikal diperiksa dengan 152 kenderaan diambil tindakan. Empat kenderaan juga telah disita.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 297 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Kesalahannya termasuk tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh yang merekodkan antara kesalahan tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar dalam Operasi Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, malam tadi.

Zailani berkata, tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh antara kesalahan utama yang kerap dilakukan pengguna jalan raya bagi semua jenis kenderaan.

Sumber: Kosmo

 

 

 

Share.

Leave A Reply