Pertaruh Nyawa Lawan Covid-19. Ini Ijtihad Dr Maza Buat Pekerja Kesihatan Gembira | Barisan pegawai kesihatan doktor dan nurse yang berjuang lawan Covid-19 dan cuti dibekukan; Ini ijtihad Dr Maza Mufti Perlis buat mereka menangis gembira. Tak sangka. Baca selanjutnya.
Dapat Peruntukan Zakat Fi Sabilillah
Para petugas muslim KKM, NADMA dan sesiapa sahaja yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan rakyat dari ancaman COVID 19 merupakan para mujahidin yang berjihad di jalan ALLAH untuk menjaga nyawa manusia.
Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan rakyat dan negara. Mudah-mudahan bagi mereka pahala jihad.
Saya berpendapat, mereka layak diberikan peruntukan zakat FI SABILILLAH atas tugasan mereka. Ini mungkin boleh menampung keperluan mereka dan menguatkan lagi semangat mereka.
Komen Netizen Tentang Ijitihad Ini
Onlyme Abdullah : Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kemudah pada mereka utk berjihad
PU Mizi Nor Hamizi : Syabas DR MAZA..mrk adalah frontliner yg mesti diberi penghargaan ππΌπ
Zanida Mzn : Alhamdulillah…terbaik tuan mufti… apa saja idea yg di cadangkan oleh tuan, mmg bernas…π€²π€²
Bonda Dasa : Sokong 100 %. Mereka tinggalkan anak bini suami ibubapa kerana nak selamatkan mangsa. Cadangan bernas.ya ALLAH berkatilah. Jaga n awasi mereka. Ya hafiz, ya muhaimin, ya waali, ya salaam
Shafeeka Mashuri : Terbaik. Mereka perlukan moral. Duit salah satu pemangkin moral. π€
Zizie Adriana : Alhamdulilllah tahniah kkm dan semua warga kerja terutama frontliner untuk pengorbanan anda.. Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi.. Amiin
Abu Baihaqi : Alhamdulillah.. mereka layak menerima walaupun tidak meminta.. kami teruja nak tau kalau kedua pasangan orang KKM, apa jadi dgn anak2 mereka.. smoga zakat dpt membuatkn mereka lebih bersyukur.
Mohd Adam Arif : Alhamdulilah apa sahaja dr maza…yg dapat menunjukkan perhargaan kami rakyat malaysia kepada wira2 ini…selebihnya Allah sahaja yg dapat balas……
Eddy Mison : terima kasih kepada mereka yg berada di garisan hadapan
Shahrulazman Jed Sulaiman : Alhamdulillah.
Macam biasa, Perlis kena start dulu Dr, baru yang lain mungkin akan ikut sekali.
Sumber: Fb Dr Maza