Perumahan SASaR: Satu Anggota Satu Rumah | Projek sasar adalah projek pembinaan rumah yang ditawar khas buat warga atm, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan veteran atm. Projek ini sebagai salah satu rancangan tindakan KEMENTAH di bawah teras kebajikan, bagi memastikan warga atm dan KEMENTAH miliki rumah sebelum capai usia persaraan.
Bagi memastikan nasib anggota tentera terbela, kerajaan telah lakukan Projek Perumahan SASaR (Satu Anggota Satu Rumah) bagi berikan anggota tentera miliki rumah sendiri. Projek Perumahan SASaR adalah projek Kementerian Pertahanan. Ini turut memberi peluang kepada anggota ATM, veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk miliki tempat yang selesa.
Projek perumahan yang bakal dibina di Wardieburn dan Setapak ini bakal memberi kelegaan kepada anggota tentera untuk punyai rumah di tengah ibu kota.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemaju akan mula membina unit perumahan itu. Rumah itu lengkap dengan kemudahan asas seperti dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.
MINDEF berkata, projek perumahan itu adalah usaha kementerian itu bagi menyediakan kediaman yang selamat dan selesa. Ini juga selaras dengan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, Konsep Malaysia MADANI, Kertas Putih Pertahanan serta Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021-2025.
Ini bagi memastikan setiap warga awam kementerian pertahanan, anggota tentera dan veteran atm miliki sebuah rumah sendiri dengan rumah mampu milik ini.
Apa itu projek SASaR?
SASaR adalah singkatan kepada Satu Anggota Satu Rumah.
Projek SASaR adalah projek pembinaan rumah yang dibuat khas buat warga ATM, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan veteran ATM. Program ini adalah usaha Kementerian Pertahanan (Mindef) bagi memberi peluang kepada warga kerja pertahanan. Ianya terdiri dari ATM dan warga kerja awam di Mindef untuk punyai kediaman selesa di Kuala Lumpur.
Projek ini sebagai salah satu rancangan tindakan KEMENTAH di bawah teras kebajikan. Hal ini, bagi memastikan warga ATM dan KEMENTAH punyai rumah sebelum mereka capai usia persaraan. Perumahan SASaR ini adalah inisiatif kementerian berkenaan bagi menyediakan kediaman yang selamat dan selesa.
Kos pembinaan bagi rumah SASaR Wardieburn dan Setapak yang menelan belanja RM2.4 juta. Jumlah ini dibayar sepenuhnya oleh pemaju Platinum Victory Development Sdn Bhd dan jangka siap secara berfasa mulai 2026.
Lokasi projek
Projek Perumahan SASaR ATM Wardieburn akan melibatkan 974 unit kediaman berkeluasan 1,400 dan 1,500 kaki persegi.
Sementara itu projek perumahan SASaR ATM Setapak akan melibatkan pembinaan secara berfasa 6,400 unit kediaman dengan keluasan di antara 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi.
Melalui projek khas ini, anggota tentera yang layak boleh membeli kediaman yang dibuat pada harga di bawah pasaran, bermula pada harga RM150,000.
Untuk miliki rumah di Kuala Lumpur, ia memang perlu ‘modal’ besar kerana harga rumah di pasaran untuk keluasan yang sama sudah mencecah hingga RM500,000.
Senarai lain akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Bagi membantu anggota dan veteran, pembinaan dibuat untuk unit rumah SASaR untuk warga veteran melalui pengumuman oleh YB Menteri Kanan Pertahanan.
Rumah Keluarga Angkatan Tentera ATM (RKAT)
Bagi menampung keperluan anggota, pembinaan unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) baharu akan dilakukan di seluruh Malaysia pada tahun ini. Lokasi pembinaan RKAT adalah seperti berikut:
- Rumah di Kem tentera Lok Kawi, Sabah
- Rumah di Kem tentera Batu 10, Sibu Sarawak
- Rumah di Kem tentera Sri Miri, Sarawak
- Rumah di Kem tentera Tumbi, Jeli, Kelantan
- Rumah di Kem tentera Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan
- Rumah di Kem tentera Oran, Perlis
- Rumah di Kem tentera Tok Jalan, Alor Setar, Kedah
Syarat Permohonan Rumah SASaR ATM
Syarat mohon Rumah SASaR ATM adalah seperti di bawah ini:
- Merupakan rumah yang pertama
- Bebas dari senarai hitam atau sekatan bank
- Selepas ditolak pinjaman perumahan, baki gaji tentera atm adalah lebih dari 20 peratus
Sumber: Portal Rasmi TLDM