13 Tempat Makan Malam Best di Kota Bharu, Kelantan | Kota Bharu adalah ibu negeri bagi Kelantan Darul Naim, Malaysia yang terletak di bahagian timur laut negara bersempadan dengan Thailand. Bandar ini amatlah popular dengan warisan seni bina Melayu yang menarik seperti Istana Balai Besar dan Pasar Siti Khadijah. Bukan setakat itu sahaja, Kota Bharu ini juga menawarkan pelbagai hidangan tempatan yang sedap.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang anda boleh kunjugi di sekitar Kota Bharu, Kelantan ini.

 

1. WARUNG ACU TERA – MAKAN MALAM

Korang suka makan makanan celup tepung? Korang kena singgah di Warung Acu Tera ini. Kalau korang nak tahu, Warung Acu Tera adalah destinasi yang popular sekitar Kota Bharu dengan aneka menu seafood celup tepung yang segar dan ranggup. Apa yang menariknya disini adalah kawasan warung ini terletak bersebelahan Pantai Sabak yang cantik. Jadi, sambil korang makan tu bolehlah menikmati suasana tenang dekat sini. Korang pasti akan suka punyalah. Selamat mencuba!

Lokasi Warung Acu Tera di Jln Pantai Sabak, 16100 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 3 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 014-8407616.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Kedai-Acu-Tera-pantai-sabak-100068844460342/

 

2. BARAT BISTRO – MAKAN MALAM

Korang dah jemu dengan makanan Local? Jangan risau, Barat Bistro adalah destinasinya. Barat Bistro adalah sebuah underrated kafe di Kota Bharu yang bakal memikat hati korang dengan hidangannya. Dekat disini, mereka menghidangkan pelbagai menu Western yang sangat lazat. Antara menu yang disyorkan disini adalah Spaghetti Aglio Olio Seafood and Chicken, Cheese Burger, Chicken Roulade, Deep Fried Chicken WIngs and Chicken Grilled. Takut harga mahal? Masalah tu tiada disini kerana harga sangatlah berpatutan dan portion hidangan pun cukup membuatkan korang kekenyangan. Tak percaya? Cubalah rasai pengalamannya sendiri.Lokasi bistro ini di 5507, Jalan Sri Maharaja, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 3 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-23441269.

 

3. BAO BAO – MAKAN MALAM

Korang craving nak makan makanan di cafe? Korang boleh datang ke Bao Bao ini. Kalau korang nak tahu, Bao Bao adalah antara kafe hidden gem yang ada di Kot Bharu ini. Dekat sini mereka menyajikan banyak menu Western yang sedap dengan estetik dekorasi klasik. Antara menu yang korang kena cuba disini ialah Salted Egg Yolk Pasta, Smoked Duck Aglio Olio, Flame Grilled Beef Burger dan Crispy Chicken. Korang pasti akan puas hati punyalah.

Lokasi kafe ini di 271, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 10:30 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-9054910.

 

4. PADI CAFE & RESTAURANT – MAKAN MALAM

Korang cari makanan tempatan yang lazat dan suasana yang tenang? Korang kena kunjungi di Padi Cafe & Restaurant ini. Dekat sini, terdapat pelbagai hidangan yang ditawarkan untuk korang pilih seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Goreng Daging Merah, Nasi Goreng Paprik Ayam, Tomyam dan banyak lagi. Dikatakan hampir kesemua makanan disini sangat lazat. Korang pasti akan suka. Selamat mencuba!

Lokasi ini di PT 2297(Tingkat Bawah, Bangunan SBJ, Berek, 12, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Sabtu pada 12:30 tengahari hingga 10:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-9585885.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/padicaferestoranofficial/

 

5. KST SELERA IKAN BAKAR RESTORAN, WAKAF CHE YEH – MAKAM MALAM

Sebut sahaja Ikan Bakar pasti restoran akan disebut dahulu di kawasan Kota Bharu ini. Kalau korang nak tahu, KST Selera Ikan Bakar ini adalah restoran terbaik dalam menghidangkan makanan laut yang segar. Bukan setakat segar tapi rasa kepedasan sambal pada ikan bakar dan perahan limau membuatkan ia sedap. Harga pun sangat berpatutan. Restoran ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga dan rakan-rakan makan disini. Korang tak percaya? Cubalah makan disini.

Lokasi restoran ini di Lot 1214, Sek 6, 2, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-9102964.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KSTrestaurant/

 

6. SIAM – RESTORAN IKAN BAKAR & THAI STREET FOOD – MAKAM MALAM

Kalau korang terasa nak makan makanan Thai, korang boleh cuba di Siam –  Restaurant Ikan Bakar & Thai Street Food. Restoran ini adalah salah satu restoran makanan Thai kegemaran tempatan di Kota Bharu ini. Dikatakan dekat sini, makanan Thai disini akan membuatkan seolah-olah berada di Thailand kerana keaslian rasa dan kelazatan yang tiada bandingannya. Bermacam-macam hidangan yang korang boleh pilih seperti Padthai Cambo, Tomyam Seafood, Kerabu Maggi, Daging Harimau Menangis dan banyak lagi. Bagi yang suka makan Ikan Bakar, jangan risau. Disini juga mereka ada menghidangkan Ikan Bakar yang segar, juicy dan juga lembut. Korang pasti akan gembira punyalah.

Lokasi ini di Lot 352 Seksyen, 15, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 3 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-4409898.

BUSINESS PAGE: https://siam-restoran-ikan-bakar-thai-street-food.business.site/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/siamrestorankelantana/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/siamrestoran/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa enam tempat makan malam terbaik di daerah Kota Bharu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kota Bharu, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply