13 Tempat Makan Malam Best di Pasir Mas, Kelantan | Pasir Mas adalah sebuah bandar di kawasan utara negeri Kelantan dan bersempadan dengan daerah Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah. Bandar ini amatlah bergantung kepada sektor pertanian dan perniagaan.

Korang lapar tapi tak tahu nak makan dekat mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best di Pasir Mas, Kelantan yang anda boleh kunjungi.

 

1. NINJA BURGER – MAKAN MALAM

Bagi korang yang suka makan burger, Ninja Burger adalah tempat untuk korang. Kalau korang nak tahu, Ninja Burger ini adalah salah satu kedai burger yang terbaik di kawasan bandar ini. Dekat sini, terdapat pelbagai jenis hidangan yang korang boleh pillih antara ialah Burger Daging, Burger Ayam, Zinger Set, Mix Kombo, Monster Zinger, Monster Korean dan banyak lagi. Sekali pandang korang akan terliur punyalah. Tak percaya? Korang kena cuba rasai sendiri.

Lokasi Ninja Burger ini di Jalan Hospital, Kampung Dangar, 17000 Pasir Mas, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-5769964.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Ninja-Burger-Malaysia-100025026296543/

 

2. FAISAL CHAR KUEY TEOW – MAKAN MALAM

Korang tiba-tiba craving Char Kuey Teow? Jangan risau, korang boleh singgah di Faisal Char Kuey Teow. Dekat sini, terdapat pelbagai hidangan yang korang boleh pilih daripada biasa hinggalah apa-apa jenis seafood seperti kerang, udang atau sotong. Korang pasti akan suka punyalah sebab Char Kuey Teow disini sangatlah padu dan yang paling penting juicy. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Jalan Lemal, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 4 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-9926100.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/faisalcharkueyteow/

 

3. MY FAMILY SEAFOOD – MAKAN MALAM

Restoran ini adalah salah satu restoran best yang ada di Pasir Mas, Kelantan. Dekat sini, mereka menyediakan banyak jenis masakan panas yang korang boleh pilih. Kalau korang ada dekat sini tapi tak tahu nak makan apa, korang boleh cuba Miang Pla Pao Viral TV9 & TV3 , Tomyam Campur, Daging Harimau Triyok dan Kerabu Ikan Krabi. Korang pasti akan suka punyalah.

Lokasi restoran ini di Lot 161, Jalan Kampung Seberang Merbau, Lubok Jong, 17000 Pasir Mas, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 3:30 petang hingga 3 pagi. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-9955235.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/MY-Family-Seafood-100063519582577/

 

4. RESTORAN SRI LEMAL – MAKAN MALAM

Korang lapar tapi tak tahu nak makan mana? Korang boleh ke Restoran Sri Lemal. Kalau korang nak tahu, dekat sini mereka menyediakan pelbagai masakan panas seperti  Melayu Thai dan juga Western. Restoran ini adalah salah satu restoran yang disyorkan oleh orang ramai bagi pencinta makanan Thai dengan rasa asli, panas, pedas dan masam. Antara menu yang korang patut cuba disini ialah Udang Goreng Pedas dan Tomyam Udang. Makanan dahlah sedap, harga dan portion pun cukup berpatutan dan mantap. Korang pasti akan suka punyalah

Lokasi ini di Jpn, Lot 830,Hadapan, Jalan Lemal, 17000 Pasir Mas, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 1 petang hingga 2 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-9055858.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/srilemallemal/

 

5. MEE UDANG LEMAL, PATIN TEMPOYAK HOUSE DAN IKAN SINGGANG – MAKAN MALAM

Korang teringin nak makan makanan yang sedap dengan perkhidmatan yang cepat dan harga murah? Mee Udang Lemal, Patin Tempoyak House dan Ikan Singgang adalah jawapannya. Dekat sini terdapat banyak menu yang pastinya akan membuatkan korang rambang mata punyalah. Antara menu yang boleh cuba ialah Patin Tempoyak. Mee Udang, Paper Eel dan Tomyam. Selamat mencuba!

Lokasi restoran ini di 451, 3, Kampung Gaung, 17000 Pasir Mas, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 12 tengahari hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-9844486.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Pasir Mas ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Pasir Mas, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply