Individu pertama dilaporkan menerima pemindahan jantung daripada khinzir yang diubah suai secara genetik telah meninggal dunia, kata pihak hospital di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Pesakit Terima Jantung Khinzir Meninggal Dunia

David Bennett, 57, telah menerima pemindahan jantung haiwan itu pada 7 Januari lalu dan meninggal dunia pada 8 Mac, kata Sistem Perubatan Universiti Maryland dalam satu kenyataan.

Dia meninggal dunia lebih dua bulan selepas melakukan pemindahan organ tersebut.

Menurut seorang jurucakap hospital kepada AFP , tiada punca jelas yang dikenal pasti ketika kematiannya.

Sebelum kematiannya, keadaan kesihatan Bennett mula merosot yang melibatkan masa selama beberapa hari.

Jelas pihak hospital dalam satu kenyataan, selepas didapati tidak akan sembuh, dia diberi penjagaan yang penuh dengan belas kasihan. Dia dapat berkomunikasi dengan keluarganya pada waktu-waktu terakhirnya.

Bennett mendapatkan rawatan di hospital di negeri Maryland pada Oktober 2021.

Dia terbaring di atas katil dan mendapat bantuan hayat kecemasan.

Sumber: New York Times

Share.

Leave A Reply