Pesawat Penumpang Terhempas Akibat Cuaca Buruk |  Sebuah pesawat penumpang terhempas ke dalam Tasik Victoria di Tanzania ketika cuba mendarat di lapangan terbang di Bukoba, pada hari ini.

Menurut laporan badan penyiaran Tanzania Broadcasting Corporation (TBC), sekurang-kurang 15 mangsa berjaya diselamatkan, setakat ini. Namun, jumlah sebenar penumpang di dalam pesawat itu dan sama ada terdapat mangsa terkorban akibat kejadian berkenaan, belum diketahui buat masa ini.

TBC melapor bahawa kapal terbang yang berlepas dari ibu negara, Dar es Salaam itu terhempas ke dalam Tasik Victoria pada pagi ini akibat ribut dan hujan lebat.

Rakaman video dan gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan pesawat itu hampir tenggelam sepenuhnya, dengan hanya bahagian ekor kapal terbang berkenaan dilihat masih berada di permukaan air.

Lapangan Terbang Bukoba terletak di pinggir Tasik Victoria iaitu tasik terbesar di Afrika.

Selain itu, menurut TBC, pasukan kecemasan bersama bot dikerahkan ke lokasi dan bertungkus lumus menyelamatkan penumpang yang terperangkap dalam pesawat terbabit.

Samia Suluhu Hassan, Presiden Tanzania, meminta orang ramai supaya kekal tenang berikutan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan.

Presiden menyatakan bahawa beliau dengan dukacitanya telah menerima berita mengenai kemalangan membabitkan pesawat syarikat penerbangan Precision Air.

Beliau bertambah lagi dengan diminta semua orang bertenang dan berdoa semoga Tuhan menolong mereka, sementara petugas bekerja keras meneruskan usaha SAR.

Precision Air adalah syarikat penerbangan milik swasta yang terbesar di Tanzania.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply