Peti Sejuk ‘Halimunan’ Untuk Dijual Buat Ramai Garu Kepala. | Jangan bimbang jika anda tidak nampak di manakah sebenarnya kedudukan peti sejuk untuk dijual yang dimaksudkan gambar yang tular ini.

Peti Sejuk ‘Halimunan’ Untuk Dijual Buat Ramai Garu Kepala.

Percayalah, bukan sekali, dua kali, tiga kali malah ada yang 10 kali belek pun masih gagal mengesan apa yang sebenarnya sedang anda lihat.

Barangkali gambar ini sengaja dikongsi untuk menduga akal atau sekadar ilusi untuk memberi kepuasan kepada khalayak media sosial.

“Peti sejuk untuk dijual,” kata keterangan imej yang dimuat naik di akaun Facebook Unusual Images sejak seminggu lalu itu.

Mungkin pada ketika ini, anda akhirnya berjaya mengesan di manakah letaknya barangan elektrik tersebut. Jangan bimbang kerana anda tidak sendirian.

Rata-rata warganet memberikan reaksi yang sama terhadap ilusi yang dihasilkan badan peti sejuk yang berwarna metalik itu.

“Ambil masa jugalah untuk mengesannya, saya ingat mereka main-main,” kata seorang pengguna Facebook.

“Lama juga saya cari peti sejuk itu,” kata seorang lagi pembaca.

“Saya tak akan bohong, ambil masa 20 saat juga untuk cari peti sejuk itu,” kongsi seorang warganet sambil tergelak.

Sumber: Free Malaysia Today

Share.

Leave A Reply