Peluang Malaysia untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 dilihat semakin sukar terutamanya selepas tewas 1-2 kepada Bahrain.

Piala Asia 2023: Malaysia Dimalukan Bahrain, Farizal 'Dibelasah' Netizen...

Kekalahan semalam sekali gus mengundang rasa tidak puas hati penyokong bola sepak tanah air.

Bukannya kerana corak permainan yang ditampilkan pasukan menyebabkan mereka ‘bengang’ namun lebih kepada kesilapan individu.

Individu itu menjadi punca utama gawang skuad Harimau Malaya dibolosi pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi.

Rata-rata penyokong Harimau Malaya menjadikan penjaga gol negara, Farizal Marlias sebagai ‘objek’ untuk melepaskan kemarahan.

Setelah kegagalan pasukan meraih sekurang-kurangnya satu mata sebagai bekalan selesa untuk melayakkan diri ke pentas Piala Asia.

Rata-rata netizen ‘membuat kerja’ dengan menyerang akaun Instagram milik penjaga gol berusia 36 tahun itu.

Mereka mahu pemain berkenaan diketepikan pada perlawanan menentang Bangladesh, Selasa ini.

“Maaf cakap, perlawanan pertama pun gol mudah, lepas itu beri peluang perlawanan kedua pun gol mudah.

“Bukan saja kita mahu nak salahkan kau, tapi ada sebab di peringkat seperti ini tolonglah elak buat kesilapan mudah.

“Terus jatuh moral rakan sepasukan yang bermain bermati-matian,” kata ijatsatar.

“Dekat situ ada pertahanan, bola jauh, kau keluar, masih ok lagi. Bola golek jauh lawan pun tak dapat kejar tapi kena pergi tackle,” kata alwaysready.cum.

Namun, disebalik kecaman itu, Farizal turut menerima sokongan dan kata-kata semangat daripada penyokong bola sepak tanah air.

Mereka mahu pemain berkenaan tampil lebih menyakinkan dan mengurangkan kesilapan bagi memastikan gawang negara tidak lagi bocor.

Sebagai rekod, pada perlawanan malam tadi menyaksikan Bahrain bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk meraih kemenangan 2-1.

Sekali gus membolehkan mereka menghimpun enam mata maksimum dan menggungguli Kumpulan E pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023.

Dengan dua kemenangan berturut-turut itu, mereka kini berada pada kedudukan terbaik.

Mereka hanya memerlukan satu mata daripada aksi berdepan Turkmenistan untuk layak automatik ke saingan Piala Asia 2023 sebagai juara kumpulan.

Manakala Malaysia pula perlu menang besar menentang Bangladesh.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply