Adat berumah tangga pasti akan ada pasang surutnya. Namun, andai tiada jodoh, sekuat mana pun dipertahankan pasti akan terlerai juga.
Tiada orang yang berkahwin untuk bercerai, tetapi jika takdir berkata sebaliknya, hanya perlu terima dengan hati yang redha.
Baru-baru ini, tular satu video mengenai seorang lelaki yang datang mengembalikan isterinya yang telah diceraikan.
Video dimuat naik oleh pengguna TikTok, menyaksikan seorang lelaki yang sedang duduk di hadapan seorang warga emas yang dipercayai bekas mertuanya.
Lelaki itu dikatakan datang untuk memulangkan isterinya yang dikatakan telah berkali-kali meminta cerai daripadanya.
Menerusi video tersebut, lelaki itu menangis ketika ditenangkan oleh bekas ibu mertuanya.
Sementara itu, ibu kepada lelaki itu turut menangis selepas melihat anaknya yang sangat kecewa dengan perceraian tersebut.
Dia kemudian datang dari belakang untuk memeluk anaknya bagi menenangkannya.
“Saat melepaskan isteri yang selalu meminta perpisahan. Serta-merta air mata ibu terjatuh,” tulis pemilik video tersebut.
Detik menyentuh hati itu telah mendapat perhatian netizen dan ditonton lebih 2.9 juta kali.
Rata-rata netizen memuji lelaki itu yang berani memulangkan isterinya dengan cara baik kepada ibu bapanya.
“Jangan menilai satu pihak, kita tidak tahu apa yang berlaku antara mereka, cuma doakan yang terbaik untuk mereka walaupun terasa berat,” kata seorang netizen.
Sumber: Siakap Keli