Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Ukraine menulis surat yang menyayat hati kepada ibunya yang meninggal dunia selepas mereka dilaporkan diserang bersama di dalam kereta mereka.

surat ukraine

 

Dalam catatan tulisan tangan dalam sebuah jurnal, dia menulis, “Kami akan bertemu di syurga.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk menjadi baik supaya dapat pergi ke syurga juga.”

Surat itu dikongsi oleh seorang ahli Parlimen Ukraine di Twitter, dan dikatakan bermula 8 Mac, dua minggu selepas serangan Vladimir Putin.

Kejadian itu tidak pasti berlaku di kawasan mana di Ukraine.

Ditulis dalam skrip kebudak-budakan tanpa titik noktah dan beberapa kesilapan tatabahasa, dia berkata,

“Mama. Surat ini adalah hadiah untukmu pada 8 Mac.

“Jika Mama rasa Mama membesarkan saya dengan sia-sia. Terima kasih untuk sembilan tahun yang terbaik dalam hidupku.

“Saya sangat berterima kasih kepada Mama untuk zaman kanak-kanak saya. Mama adalah ibu terbaik di dunia. Saya tidak akan pernah melupakanmu.

“Saya ingin Mama bahagia di langit. Saya berharap Mama pergi ke syurga. Kita akan bertemu di syurga.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk menjadi baik supaya dapat pergi ke syurga juga.

“Cium Mama, Galiya.”

Sumber: The Sun

Share.

Leave A Reply