PKPB Bermula Esok. KPM Umum Semua Sekolah Ditutup | Kuala Lumpur: Semua sekolah di semua negeri termasuk Kolej Vokasional akan ditutup bermula esok sehingga hari akhir persekolahan tahun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata, bagi sekolah Kumpulan A, sesi persekolahan akan ditutup sehingga 17 Disember dan 18 Disember bagi negeri Kumpulan B.

KPM turut menutup semua sekolah di Perlis, Kelantan, Pahang dan Sarawak mulai 9 November hingg 17 Disember.

Katanya, langkah itu diambil bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

“Penggal persekolahan bagi tahun 2021, akan bermula pada 20 Januari dan murid sekolah rendah akan memulakan sesi pembelajaran pada tarikh itu.

“Manakala bagi sekolah menengah dan Kolej Vokasional juga akan memulakan pengajian pada tarikh yang sama,” katanya.

Sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah akan dilaksanakan secara home based learning dan pelajar di asrama perlu dibawa pulang ibu bapa, katanya.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply