3 Tempat Makan Tengah Hari Best Di Batu Berendam, Melaka| Korang ingin berkunjung ke Batu Berendam, Melaka? Ingin mencari tempat makan tengah hari tetapi tiada hala tuju? Nak tempat makan yang best? Usah sakitkan kepala anda kerana di sini kami sudah sediakan tempat makan tengah hari best untuk dijadikan tempat singgahan korang.

Terdapat 3 tempat makan best di Batu Berendam yang kami sediakan untuk korang dalam artikel ini dan mungkin menarik minat korang untuk singgah makan setelah tiba di sini. Kalau dekat dengan destinasi pelancongan korang, rasanya memang peluang terbaik untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai 3 tempat makan best di Batu Berendam ini.

1. Mango Float Royale

Cuaca panas membuat kan korang inginkan sesuatu yang sejuk dan sedap? Haa apa kata korang datang singgah ke Mango Float Royale. Nama pun Mango Float Royale mestilah korang kena cuba jus mangga dengan rasa asli buah mangga yang segar dikisar dengan ais yang boleh buatkan kita berasa segar setelah meminumnya. Selain jus, kita juga boleh nikmati makan tengah hari yang terdapat di gerai yang lain. Antara hidangan yang disediakan iaitu mee kari, nasi kukus, cendawan goreng tepung, kuih keria, meatball dan jagung bakar serta banyak lagi yang boleh dinikmati sambil kita melepak bersama keluarga dan kawan-kawan.

Harga makan kat sini memang berpatutan. Harga Mango Float Royale ni pun bawah RM6 secawan dan berbaloi dengan isi yang terdapat dalam minuman ini. Kalau ada yang memang teringin sangat-sangat nak minum jus manga, memang tempat ini sangat sesuai untuk korang sebab sedap dan berbaloi. Gerai ini dibuka pada pukul 11.00 pagi hingga 6.30 petang.

Kalau korang dah rancang nak singgah ke sini, korang boleh datang ke alamat Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Melaka. Boleh hubungi no. telefon: 017-678 3602 untuk sebarang pertanyaan.

Facebook Page: Mango Float Royale

2. Warung Laksa Penang Telur Sarang

Pada tengah hari ni korang teringin nak makan laksa? Jangan risau walaupun korang ada dekat Melaka, korang boleh rasai laksa yang sedap dan memuaskan hati. Kalau dah sampai batu berendam tu jangan lupa singgah dulu di Warung Laksa Penang Sarang. Laksa di sini dihidangkan bersama dengan telur dadar yang rangup dengan kuah laksanya yang pekat yang lagi memikat lah. Selain laksa,  disini juga ada sediakan hidangan seperti nasi ayam, tauhu bakar, kacang pool, asam pedas kambing dan milo ais kepal. Ruangan makan disini memang sederhana luas dan banyak meja disediakan sebab tarikannya korang dapat merasai makanan di gerai-gerai lain berhampiran.

Harga makan di warung ni pula memang berpatutan dan mampu milik. Memang berbaloi harganya dengan saiz hidangannya yang banyak. Kalau nak tahu rasanya singgah-singgah la makan laksa disini dan jadikan warung ni sebagai tempat makan best korang. Bukan tu saja,  korang juga memang dapat pekena jus mango float kerana memang dekat sangat la gerai mereka. Warung ini dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang.

Kalau korang dah rancang nak makan laksa di sini korang boleh datang ke alamat  Lot 950, KM8, Kampung Sungai Putat Batu Berendam, 75350 Melaka. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi no. 0169763677.

Facebook Page: Laksa Telur Sarang Sg Putat

3. Nasi ayam Baba

Kalau korang datang ke Batu Berendam ni dan teringin pula nak makan nasi ayam tetapi partner korang tak suka makan nasi ayam. Hurmm apa nak buatkan. Haa! Jangan pening-pening dan sakit kepala kerana di sini terdapat sebuah kedai nasi ayam yang boleh buatkan semua orang jatuh hati. Cuba sahaja mesti tertarik. Marilah kita pakat-pakat singgah ke Nasi Ayam Baba, menu utamanya semestinya nasi ayam dan tidak juga ketinggalan menu asam pedas gearboxnya yang sangat menyelerakan. Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan seperti mee wantan, chicken chop, burger dan banyak lagi. Suasana makan pula memang bersih dan selesa serta sesuai untuk bawa seisi keluarga.

Harganya pula memang sesuai dan berpatutan di Melaka. Tidak terlalu mahal dan mampu milik. Saiz hidangannya pula sangat best. Korang boleh cuba sendiri. Kalau korang nak makan tengah hari di sini, Nasi Ayam Baba di buka pada jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

Kalau berminat boleh datang ke alamat 30, Jalan Pegaga, Taman Merdeka, 75350 Melaka.  Kalau ada sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 019-381 7030.

Facebook Page: Nasi Ayam Baba

Sudah jumpa tempat pilihan korang?  Jangan lupa sudah baca share ke kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain. Semoga bermanfaat dan selamat menjamu selera di 3 tempat makan best tengahari di Batu Berendam,  Melaka.

Share.

Leave A Reply