Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

PKRC Ke-8 Gelanggang Seni Di Kelantan Akan Dibuka | Seperti yang sedia maklum jumlah peningkatan kes di negeri Kelantan semakin meningkat dari masa ke masa. Hal ini sangat membimbangkan rakyat di negeri berkenaan lebih-lebih lagi pada musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Justeru itu, berikutan peningkatan kes tersebut, lokasi baharu pusat kuarantin bagi rakyat negeri Kelantan yang dijangkiti wabak Covid-19 akan dibuka.

PKRC Ke-8 Gelanggang Seni Di Kelantan Akan Dibuka

Kota Bharu: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) kelapan yang bertempat di Gelanggang Seni di sini, hampir siap sepenuhnya dan akan dibuka dalam masa terdekat bagi menempatkan pesakit tahap satu, dua dan tiga.

Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob berkata, PKRC Khas Gelanggang Seni bakal dilengkapi dengan 30 katil perubatan, bekalan oksigen mudah alih, mesin elektrokardiogram (ECG) dan juga kelengkapan perubatan yang lain.

Menurut beliau, katil perubatan itu dijangka akan sampai hari ini atau pagi esok yang khusus bagi menempatkan kes Covid-19 tahap tiga. Dalam pada itu, selepas katil perubatan itu sampai, PKRC di lokasi berkenaan akan dibuka yang dijangka pada hari raya pertama mahupun raya kedua.

“PKRC ini juga akan menyediakan 70 katil dua tingkat untuk sejumlah 140 pesakit bagi menempatkan pesakit Covid-19 kategori satu dan dua.

“Kita akan menempatkan pesakit wanita di PKRC ini memandangkan PKRC di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa hampir penuh 100 peratus, manakala katil perubatan untuk menempatkan pesakit berisiko lelaki dan wanita,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, kerajaan negeri turut membantu dengan meluluskan RM213,000 untuk 30 katil perubatan yang lengkap dan empat peralatan pemantauan pesakit.

Menurutnya, Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga mendermakan troli kecemasan dan peralatan ECG kepada PKRC ini. Katanya, kemudahan sebegini diharapkan dapat menampung keperluan pesakit memandangkan kes harian Covid-19 di Kelantan yang masih lagi tinggi.

“Kita mohon masyarakat supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak hadir ke tempat sesak.

“Bagi sambutan Aidilfitri, kalau boleh elak aktiviti kunjung mengunjung dan kita boleh berhubung dengan ahli keluarga dengan menggunakan panggilan video sahaja,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply