Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Ketua Polis Korea Selatan memaklumkan menerima laporan penting berhubung bahaya yang bakal dihadapi menjelang pesta Halloween namun pengendalian mereka ‘kurang mencukupi’.

Sekurang-kurangnya 156 terbunuh manakala ramai yang lain cedera Sabtu lalu, ketika menghadiri pesta Halloween di Itaewon, Seoul.

Dianggarkan 100,000 orang berpusu-pusu ke kawasan itu, namun memandangkan ia bukan acara ‘rasmi’ dengan penganjur yang ditetapkan. Maka polis mahupun pihak berkuasa tempatan tidak menguruskan orang ramai secara aktif.

Menurut Ketua Polis Negara, Yoon Hee-keun, terdapat beberapa laporan yang menunjukkan keseriusan di lokasi sejurus sebelum kemalangan itu berlaku.

Polis mengetahui ‘orang ramai berkumpul sebelum kemalangan itu berlaku yang dengan segera menunjukkan bahaya.

Beliau bagaimanapun mengakui cara maklumat itu ditangani adalah ‘tidak mencukupi’.

Menteri Dalam Negeri Seoul hari ini menjadi pegawai tertinggi pertama membuat permohonan maaf kepada orang ramai atas bencana itu, antara yang terburuk dalam sejarah negara itu.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan permohonan maaf kepada orang ramai sebagai menteri yang menjaga keselamatan rakyat atas kemalangan ini,” katanya sebelum tunduk di hadapan ahli Parlimen dan kamera.

Beliau berjanji untuk menyiasat punca rempuhan bagi memastikan bencana dalam skala itu tidak berlaku lagi.

Korea Selatan kebiasaannya mempunyai kawalan ketat ke atas orang ramai, dengan perhimpunan protes sering dikawal ketat sehinggakan pegawai boleh melebihi jumlah peserta.

Namun, polis hanya mengerahkan 137 pegawai ke Itaewon untuk Halloween, manakala 6,500 pegawai hadir pada protes di seluruh bandar yang dihadiri kira-kira 25,000 orang, menurut laporan tempatan.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, hari ini berkata, negara itu perlu memperbaiki sistemnya dengan segera bagi menguruskan kumpulan besar berikutan bencana itu.

“Keselamatan rakyat adalah penting, sama ada ada penganjur acara atau tidak,” katanya pada mesyuarat Kabinet.

Beliau menyeru supaya negara itu membangunkan ‘keupayaan digital canggih’ untuk meningkatkan pengurusan orang ramai.

Bagaimanapun, pengkritik mendakwa alat sedemikian sudah wujud dan tidak digunakan di Itaewon.

Dewan Bandaraya Seoul mempunyai sistem pemantauan masa nyata yang menggunakan data telefon mudah alih untuk meramalkan saiz orang ramai. Namun ia tidak digunakan pada malam Sabtu, lapor media tempatan.

Pihak berkuasa daerah Itaewon juga tidak mengerahkan rondaan keselamatan, dengan pegawai memberitahu bahawa acara Halloween dianggap sebagai ‘fenomena’ dan bukannya ‘perayaan’, yang memerlukan pelan rasmi untuk kawalan orang ramai.

Pada malam kejadian, puluhan ribu orang berpusu-pusu di lorong yang sempit, dengan saksi mata menggambarkan bagaimana, tanpa polis atau kawalan orang ramai pengunjung parti yang keliru saling menolak, merempuh mereka yang terperangkap di lorong itu.

Penganalisis berkata, insiden itu boleh dielakkan dengan mudah, walaupun dengan sebilangan kecil pegawai polis.

Profesor dari Jabatan Bomba dan Bencana di Universiti Seoul, Lee Young-ju, berkata sekiranya polis tempatan mengetahui mereka tidak mempunyai anggota yang cukup, mereka boleh mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa tempatan, penduduk atau pemilik kedai.

“Ia bukan sekadar angka. Persoalannya, bagaimana mereka mengurus dengan bilangan yang terhad (polis) dan apakah jenis langkah yang ambil untuk menebus kesalahan.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply