Polis Diserang Banduan Ketika Hendak Menggunakan Tandas | Berlaku satu serangan melibatkan seorang banduan selepas dia dikatakan telah menyerang seorang polis ketika hendak menggunakan tandas di Los Angeles, di sini, baru-baru ini.

Polis Diserang Banduan Ketika Hendak Menggunakan Tandas

Suspek yang telah dikenalpasti sebagai Arnulfo Meza, 29, telah meminta seorang anggota polis untuk membuka gari di tangan kirinya di Pusat Penerimaan Banduan sebelum dia dilaporkan Pusat Penerimaan Banduan menurut laporan media tempatan.

Rakaman dari litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian menunjukkan anggota berkenaan dilihat memberi tisu kepada Meza sebelum diserang di bahagian kepala beberapa kali lalu terjatuh ke lantai. Selepas diserang, anggota tersebut bertindak meminta bantuan dari beberapa anggota yang untuk ke lokasi kejadian bagi menahan Meza.

Anggota yang dipukul tersebut dilaporkan telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan selepas cedera di beberapa bahagian akibat dipukul namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Suspek kini ditahan dan bakal direman dengan tuduhan cuma menyerang anggota serta tuduhan jenayah kebencian, menurut jurucakap Polsi.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply