Pos Amerika Cuba Hantar 3,000 Surat Guna Peluru Berpandu. ‘Ini’ Terjadi. | Pada akhir 1950-an, masa depan seolah-olah muncul di udara.
Perlumbaan ruang angkasa baru sahaja bermula, dan pada waktu yang sama tentera A.S. cuba mengusahakan peluru berpandu yang dapat menjangkau seluruh dunia — dan bahkan ke Bulan. Kerajaan A.S. tidak hanya melihat keupayaan penerbangan baru sebagai keutamaan ketenteraan malah mereka juga menggunakannya untuk mengirim surat, seperti yang baru kita pelajari dari Today I Found Out. Ya, Perkhidmatan Pos pernah menghantar surat melalui peluru berpandu.
Pada bulan Jun 1959, Angkatan Laut A.S. mengirim 3,000 surat menggunakan peluru berpandu ke arah stesen udara tentera laut di Mayport, Florida. Dilancarkan dari USS Barbero, sebuah kapal selam yang ditempatkan 100 batu dari pantai A.S. di perairan antarabangsa, peluru berpandu Regulus I setinggi 36 kaki itu sampai ke Mayport dalam masa 22 minit. Surat-surat disimpan di dalam dua bekas ruangan logam yang seharusnya menjadi ruang peluru berpandu. Antara isi kandungan surat tersebut adalah salinan surat dari Juru Pos Jeneral Arthur Summerfield kepada Presiden Eisenhower ketika itu, Naib Presiden Richard Nixon, wakil individu Kongres, anggota Tertinggi Mahkamah, kru Barbero, dan banyak lagi. Surat-surat itu membawa cap surat biasa – “bahkan surat udara,” seperti yang diceritakan oleh AP pada hari itu.
Perkhidmatan Pos menyebutnya sebagai penghantaran surat yang berjaya dengan peluru berpandu. Terdapat percubaan sebelumnya, seperti pengiriman yang gagal pada tahun 1936 menggunakan pesawat berkuasa roket untuk menghantar surat ke seberang tasik antara New York dan New Jersey. Walaupun pelbagai cubaan dilakukan, penghantaran surat tersebut masih gagal dilaksanakan. Sebilangan besar surat itu kemudiannya dihantar melalui perkhidmatan surat biasa di pejabat pos di Jacksonville yang berdekatan, kerana 3,000 penerima tidak akan menunggu di pangkalan tentera laut di Florida semata-mata untuk surat mereka.
“Sekarang kita tahu bahawa kita dapat melakukannya,” kata Summerfield kepada pihak media. “Kami merancang satu siri perbincangan untuk menentukan sejauh mana kaedah ini dapat digunakan.” Walau bagaimanapun, seperti yang kita ketahui sekarang ia tidak lagi menjadi praktikal, Pengganti Summerfield, J. Edward Day, membatal program itu, dengan alasan bahawa surat-surat yang dihantar dari USS Barbero memakan masa selama lapan hari untuk sampai kepada penerima yang mereka inginkan. Ia tidaklah betul-betul selaju roket.
Walaupun surat misil bukanlah cara yang efisien secara finansial atau logistik untuk menghantar surat secara berkala, ujian itu mungkin terbukti bermanfaat hanya untuk tujuan menunjuk-nunjuk. “Nampaknya ini eksperimen dalam pengangkutan komunikasi,” Nancy A. Pope menulis di blog National Postal Museum, “penerbangan surat Regulus semasa Perang Dingin merupakan penanda halus tentera AS mampu mencapai ketepatan seperti itu dalam peluru berpandu sehinggakan boleh dipertimbangkan untuk digunakan oleh pejabat pos.”
Dan tidak pelik bahawa USPS mencuba teknologi baru dalam usahanya untuk mendapatkan surat ke seluruh negara secepat mungkin. Oleh sebab industri keretapi merosot, penghantaran surat dengan keretapi menjadi lebih mahal dan kurang cekap untuk digunakan. Sepanjang awal abad ke-20, Perkhidmatan Pos AS meneliti beberapa alternatif, termasuk bas pejabat pos yang bergerak dari bandar ke bandar menyusun surat sepanjang perjalanan, surat helikopter antara bandar, dan idea lain yang memanfaatkan cara-cara menyampaikan surat yang mungkin tidak dapat difikirkan beberapa dekad sebelumnya. Tetapi pada akhirnya, memperbaiki jalan untuk mempermudah penghantaran menggunakan trak ke seluruh negara merupakan cara yang lebih baik daripada menggunakan peluru berpandu.
Sumber: Mental Floss