20 Maut Dalam Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza |  Serangan udara yang dijalankan oleh pihak Israel ke atas Gaza semalam mengorbankan sekurang-kurangya 20 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas manakala seramai 65 orang mengalami kecederaan.

20 Maut Dalam Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza

Serangan itu dijalankan sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan Hamas dan pejuang Palestin susulan keganasan di perkarangan Masjidil Aqsa.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata Hamas melampaui batas dengan mengarahkan peluru berpandu ke arah Bailtulmaqdis menyebabkan negara Yahudi itu bertindak balas dengan kekuatan.

Katanya, mereka tidak akan bertolak ansur dengan serangan di wilayah, ibu kota, warganegara dan tentera mereka dan sesiapa sahaja yang berani menyerang mereka akan membayar dengan harga yang tinggi.

Tentera Israel menyatakan 150 roket dilancarkan dari Gaza, puluhan antaranya dipintas oleh Sistem Pertahanan Udara Iron Dome, tanpa sebarang laporan korban nyawa.

Jurucakap tentera Jonathan Conricus berkata, pihaknya sudah bermula dan akan menyerang sasaran ketenteraan di Gaza.

Katanya, mereka sudah membuat pelbagai persiapan untuk pelbagai senario termasuk berintensi tinggi.

Beliau juga menyasarkan dua pelancar roket, dua pos tentera, sebuah terowong dan lapan operasi Hamas di Gaza.

Sementara itu Hamas yang menguasai Tebing Gaza mengingatkan Israel untuk menarik semua tenteranya dari perkarangan masjid dan daerah Sheikh Jarrah.

Jurucakap Hamas, Briged Qassam mengatakan serangan roket itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel di Sheikh Jarrah dan di sekitar masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata, tindakan ini adalah pesanan yang harus difahami oleh musuh dengan baik. Jika pihak sana bertindak balas maka pihaknya juga akan bertindak balas dan jika pihak sana meningkat, pihaknya juga akan meningnkat.

Keganasan meletus menjelang perarakan dirancang bagi memperingati pengambilalihan Baitulmaqdis dalam Perang Enam Hari 1967, ulang tahun dikenali Hari Baitulmaqdis dalam kalangan Yahudi.

Pada malam jumaat yang lalu, lebih 200 orang cedera dalam pertempuran antara polis dan Palestine di esplanad, lokasi puluhan ribu jemaah berkumpul bagi solat jumaat yang terakhir di bulan Ramadan.

Sabtu lalu, pertempuran di sejumlah kawasan timur Baitulmaqdis menyebabkan lebih 100 orang cedera, lapor Bulan Sabit Merah Palestin.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply