Premis Perniagaan Dibenar Operasi Hingga 10 Malam

| January 28, 2021 | 0 Comments

Premis Perniagaan Dibenar Operasi Hingga 10 Malam | Kuala Lumpur: Kerajaan memberi kelonggaran kepada sektor perniagaan seperti kedai runcit, kedai serbaneka, kedai keperluan harian, farmasi untuk beroperasi sehingga jam 10 malam bermula esok.

tempoh operasi kedai pkp

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu adalah bagi menyeragamkan semua waktu operasi setiap perniagaan yang diluluskan dan diberi kebenaran semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan penilaian risiko terhadap sektor perniagaan berkenaan.

“Sebelum ini kita tahu banyak kekeliruan yang timbul selepas kerajaan memberi kebenaran kepada restoran dan kedai makan untuk beroperasi sehingga jam 10 malam dan menyukarkan penguatkuasaan kerana terdapat perbezaan dari segi waktu.

“Justeru selepas penilaian risiko oleh KKM, maka sektor perniagaan lain yang termasuk dalam senarai dibenarkan beroperasi semasa PKP, boleh beroperasi sehingga jam 10 malam termasuk kedai dobi, kedai cermin mata, kedai pakaian dan lain-lain,” katanya pada sidang media MKN, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu juga dibuat selepas terdapat banyak permohonan daripada individu dan pihak yang terbabit dalam sektor berkenaan untuk melanjutkan operasi perniagaan mereka disebabkan faktor ekonomi.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *